Bekas Setiausaha DAP Sabah Junz Wong Akan Sertai Parti Baharu Shafie?

junzAIDCNews – 08/10/16 – Gambar di atas, kelihatan bekas Setiausaha DAP Sabah Junz Wong (bertanda bulat) bersama Datuk Seri Shafie Apdal dan Darrel Leiking dalam satu majlis makan tengah hari di sebuah restoran di Kota Kinabalu.

Turut kelihatan bekas Ketua Penerangan PKR Sabah yang juga ADUN Moyog, Terence Siambun (dua dari kiri) dan bekas Naib Pengerusi DAP negeri, George Hiew (paling kanan, sebelah Junz).

Tindakan Junz menjamu selera bersama Shafie Apdal menguatkan lagi spekulasi bahawa ADUN Likas itu akan menyertai parti baharu pimpinan bekas Naib Presiden UMNO itu.

Junz bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Saya akan membuat pengumuman berhubung perkara ini tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini,lapor FMT.

Ahad lalu, Junz bersama Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin membuat pengumuman keluar parti, namun tidak menyatakan parti mana yang dia akan sertai.

Selain Junz, pimpinan DAP Sabah yang sealiran dengannya turut membuat pengumuman keluar parti.

Mereka adalah; Joan Goh (Timbalan Pengerusi DAP Sabah), George Hiew (Naib Pengerusi DAP Sabah), David Williams (Bendahari DAP Sabah ), Charles Magadap (Timbalan Setiausaha Publisiti), Nicholas Chak (Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah), Daniel Kalinggang (Timbalan Setiausaha Organisasi DAP Sabah) dan Francis Daniel (ahli jawatankuasa negeri)

Tindakan mereka itu menyusul Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang meletak jawatan sebagai Naib ppesiden PKR untuk menjadi timbalan Shafie dalam parti baharu yang “diambil alih” mereka berdua bulan lalu, tetapi belum dinamakan.

Sementara itu, Setiausaha DAP Sabah yang baharu Chan Foong Hin (ADUN Sri Tanjong) mengecam tindakan tidak bertanggungjawab Junz bersama kumpulannya itu.

“Fikiran sempit hanya parti tempatan yang boleh memperjuangkan hak Sabah harus kita sama-sama tolak kerana ia tidak membantu dalam proses pembangunan negara.

“Saat ini kita dapat lihat rakyat negara ini telah terpecah dengan latar belakang agama dan suku kaum, ditambah pula dengan sentimen tempatan. Di manakah semangat Malaysian Malaysia yang pernah didukung oleh Junz semasa beliau dalam DAP?” kata Chan dalam kenyataannya.

Chan (kiri) dan Junz (kanan)
Chan (kiri) dan Junz (kanan)
Junz dan Chan mewakili dua puak yang berbeza dalam DAP Sabah yang berperang sesama sendiri sejak tahun lalu. Selanjutnya sila baca “Pembangkang Makin Lemah Di Sabah -Stephen Wong

Menurut Chan, walaupun menukar wadah politik adalah hak demokratik seseorang, namun tindakan Junz yang turut melobi ahli-ahli jawatankuasa yang lain mengikut jejak langkah beliau tidak dapat diterima.

“Memang itu hak Junz bekas saudara seperjuangan kita menukar buah fikiran politik meninggalkan rumah lama dan pindah ke rumah baru.

“Namun, beliau tidak boleh menghancurkan rumah lama yang telah meletakkannya sehingga tahap kejayaan beliau sebagai Adun dengan melemparkan hasutan untuk membawa keluar ahli-ahli kita. Sampai sekarang, dia masih aktif dalam merekrut ahli-ahli DAP yang lain,” katanya.

Tindakan Junz yang disifatkan mengkhianati kepercayaan pengundi Likas itu turut mengundang persoalan sama ada kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum yang lalu boleh dikompromi.

“Tiada sebarang jaminan atau hubungan kerjasama yang erat jika ‘puak’ Junz menyertai parti tempatan baru di mana parti tersebut masih mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan kita (DAP).

“Kita tidak mungkin menyerahkan kerusi Likas kepada mana-mana pihak. Kerusi yang menang oleh DAP adalah hak DAP dalam rundingan kerusi sesama pembangkang sebelum ini,” tegas Chan.

Selepas Junz bersama kumpulannya meninggalkan DAP, semua jawatan yang dikosongkan telah diambil alih oleh kumpulan Chan.

Chan sendiri mengambil alih jawatan Setiausaha DAP Sabah yang ditinggalkan Junz; YB Dr Edwin Bosi (ADUN Kepayan) mengambil alih jawatan Timbalan Pengerusi DAP Sabah yang ditinggalkan Joan Goh; Frankie Poon Ming Fung mengambil alih jawatan Naib Presiden daripada George Hiew dan Ronnie Loh mengambil alih jawatan Bendahari daripada David Williams.

Berikut jawatankuasa baharu DAP Sabah :

Penasihat: YB Jimmy Wong Sze Phin (Kota Kinabalu)

Pengerusi: YB Stephen Wong Tien Fatt (Sandakan)

Timbalan Pengerusi: YB Dr Edwin Bosi (Dun Kepayan)

Naib Pengerusi: Peter Saili

Naib Pengerusi: Frankie Poon

Setiausaha: YB Chan Foong Hin (Dun Sri Tanjong)

Penolong Setiausaha: Tan Lee Fatt

Bendahari: Ronnie Loh

Setiausaha Organisasi: Henry Shim

Penolong Setiausaha Organisasi: Kiew Chan Hang

Setiausaha Publisiti: Phoong Jin Zhe

Penolong Setiausaha Publisiti: Clare Taunek

Pengarah Pendidikan Politik: Adrian Lasimbang

Ahli Jawatankuasa: Liew Yun Yun, Arijan bin Nayang, Edward Liau, Vincent Fung, Calvin Chong dan George Wong.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s