Golongan ‘Berduit’ Diami Unit Kos Rendah, Sederhana

GEORGE TOWN – Bayangkan anda lihat kereta Honda HRV, Toyota Altis atau motosikal berkuasa tinggi, BMW masing-masing berharga lebih RM100,000 di parkir blok pangsapuri kos rendah dan sederhana (LMC) di Bukit Gambier.

Jika kenderaan itu kepunyaan pemilik unit kediaman tersebut, maka setiap kenderaan itu lebih mahal berbanding seunit pangsapuri berkenaan yang berharga RM72,500, kata Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau percaya beberapa unit pangsapuri tersebut diduduki oleh individu yang memang sepatutnya tidak layak.

Di bawah dasar perumahan negeri, beliau berkata setiap unit pangsapuri itu dijual kepada mereka yang harus berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500.

Pemilik malah tidak dibenarkan untuk menyewa atau menjadikan unit kediaman mereka itu sebagai homestay atau inap desa.

“Saya terkejut melihat kereta dan motosikal mewah diletakkan di pangsapuri tersebut. Adakah penduduk itu layak tinggal di pangsapuri tersebut?

“Ramai pemohon miskin yang layak tetapi masih berada dalam senarai untuk mendapatkan pangsapuri kos rendah dan sederhana.

“Kami akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu,” kata Cheng Guan pada sidang media di sini, Khamis.

Baru-baru ini, akhbar The Star melaporkan penduduk mendakwa hampir separuh daripada 780 unit pangsapuri di Tower A dan Tower B disewakan.

Salah seorang pemilik pangsapuri itu mendakwa kebanyakan penduduk menyewa unit kediaman sebaik menerima sijil layak menduduki (CF) pada Oktober 2013 bagi Tower A dan April 2014 untuk Tower B.

Difahamkan kerajaan negeri Pulau Pinang turut melanjutkan moratorium pada penjualan berikutnya unit pangsapuri tersebut kepada 10 tahun.

Terdapat satu kes di mana mereka berjaya menjumpai dua buah kereta dan tiga motosikal menggunakan nombor plat kenderaan yang sama.

“Ketiga-tiga motosikal itu sahaja bernilai lebih RM237,000,” katanya.

Cheng Guan berkata beliau turut terkejut apabila kebanyakan unit kediaman tersebut boleh disewa atau dijual dalam pelbagai portal hartanah dalam talian. – The Star/mStar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s