GPS Desak Tubuh Jawatankuasa Khas Audit Punca Sebenar Loji Semenyih, Langat & Cheras Ditutup

hamdan-abu1. MB Selangor, Azmin Ali mendabik dada mengatakan beliau mengambil tindakan drastik kurang dari 8 jam kepada sebuah kilang di Jalan Sungai Lalang yang didakwa mencemar Sungai Semenyih, 4 Okt lepas.

2. Kenyataan itu adalah retorik. Hakikatnya sehari selepas lawatan MB itu, Krisis Air Semenyih tidak juga selesai sebaliknya, Semenyih mengalami gangguan masuk hari ke-16 hingga kini.

3. Lebih menghairankan, apabila diumumkan Loji Sungai Semenyih kembali beroperasi, catuan air pula dikenakan terhadap lebih 1.3 juta pengguna di Daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.

4. Catuan terbaru ini membuktikan berlakunya kekurangan air, baik air mentah mahupun air yang dirawat tambahan pula kemampuan loji telah mengatasi tahap maksimum atau mengatasi keupayaan rekabentuknya. Namun, kenyataan MB sebelum ini menolak fakta kekurangan tersebut dengan maksud untuk meraih laba politik.

5. MB Selangor melalui Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) terus gagal mengurus industri air Selangor apabila Loji Langat dan Loji Cheras pula ditutup pada 7 Okt 16 juga disebabkan pencemaran bau.

6. Merujuk perkara (1) di atas, pada lawatan itu, MB telah mengkambinghitamkan sebuah agensi Kerajaan Persekutuan dengan mendakwa gagal berada di lokasi pencemaran pada masa yang sepatutnya. Walhal tanggung jawab tersebut terletak sepenuhnya dalam bidang kuasa uasa Kerajaan Negeri.

7. Anehnya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang mendakwa menjumpai pencemaran itu pada jam 9 malam, 4 Okt 16 hanya menghubungi Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 2.30 pagi. Persoalannya, siapa yang mengambil sampel air tercemar itu? Mengapa JAS tidak dimaklumkan lebih awal?

8. Kilang yang disita itu, telah beroperasi sejak sekian lama. Mengapa tiada tindakan daripada MPKj, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat dan Kerajaan Selangor sendiri?

9. Jika MB prihatin dengan kebajikan rakyat Selangor, beliau dan exconya patut turun padang sebaik sahaja gangguan air berlaku pada 23 Sept, bukan menunggu sehingga 13 hari baru muncul.

10. Begitu juga selepas gangguan menjadi begitu kritikal, hanya pada hari ke-13, barulah Kerajaan Selangor mendapatkan bantuan Lori Tangki daripada negeri-negeri lain seperti Syarikat Air Johor (SAJ), Lembaga Air Perak (LAP), Syarikat Air Pahang (SAP), Syarikat Air Terengganu (SATU) dan Perbadanan Urus Air Pulau Pinang.

11. Apakah punca sebenar Loji Sungai Semenyih, Langat dan Cheras ditutup. Gagasan Prihatin Semenyih (GPS) mendesak Kerajaan Negeri menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk melakukan audit operasi loji dan agensi yang berkaitan.

HAMDAN HJ ABU
Setiausaha
Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih (GPS)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s