Gesa Pairin Letak Jawatan Skandal RM3.3 Billion : DAP Sabah Tidak Matang -Yong

yong-teck-lee1AIDCNews -10/10/16 –Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP),Datuk Yong Teck Lee menyelar DAP Sabah sebagai tidak matang apabila mendesak Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berikutan isu RM3.3 billion yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Yong berkata desakan DAP Sabah meminta Pairin letak jawatan masih terlalu awal, sedangkan kes Ketua Menteri Pulau Pinang yang sudah dibicarakan di mahkamah, DAP masih lagi membela Setiausaha Agung partinya sendiri.

“Ia masih terlalu awal, masih di peringkat siasatan dalam menetapkan tanggungjawab politik untuk krisis di Jabatan Air Sabah.

“Sesungguhnya, orang ramai juga boleh meminta DAP membuat desakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini menghadapi tuduhan rasuah juga turut meletakkan jawatan,” kata Yong.

Beliau berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong semalam yang telah mendesak Pairin yang memegang porfolio Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri Sabah agar meletak jawatan.

Jumaat lalu, Pairin dalam jawapannya berkata Kerajaan Negeri Sabah tiada kena-mengena dengan peruntukan kerajaan RM3.3 bilion kerana ia telah disalurkan secara terus kepada Jabatan Air Sabah menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Saya faham bahawa projek-projek yang diperuntukkan persekutuan bernilai RM3.3 bilion sejak 2010 di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, yang mana kementerian saya tidak mengendalikannya,” katanya.

Pairin berkata, peruntukan itu disalurkan secara terus kepada jabatan berkenaan sebagai agensi pelaksana tanpa pengetahuan kementeriannya.

Menurut Pairin, pemerolehan projek-projek dan bayaran-bayaran dikendalikan oleh kementerian peringkat persekutuan dan jabatan air negeri.

“Berdasarkan perkembangan ini, kementerian saya akan mengkaji dan mencadangkan sistem laporan yang sesuai untuk diteliti kementerian,” katanya.

Beliau berkata, kementeriannya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan terhadap pengarah dan timbalan pengarah agensi berkenaan di atas dakwaan mengumpul kekayaan akibat salah guna kuasa menerusi kontrak.

Selanjutnya sila baca “Shafie Apdal & Yusof Sarangit Pegawai Kewangan Bersekongkol Rasuah RM114.5 Juta ?

Minggu lalu, SPRM telah menahan Pengarah Jabatan Air Sabah Ag Tahir Ag Talib, 54, dan timbalannya Teo Chee Kong, 52, dan merampas lebih RM115 million, termasuk RM57million dalam bentuk wang tunai, dari rumah-rumah dan pejabat mereka.

Dua orang lain, termasuk abang Teo – seorang ahli perniagaan berusia 55 tahun – dan akauntannya telah ditahan sejak Selasa untuk siasatan yang dianggap penyalahgunaan kuasa terbesar di negara ini, rasuah dan kes pengubahan wang haram.

One thought on “Gesa Pairin Letak Jawatan Skandal RM3.3 Billion : DAP Sabah Tidak Matang -Yong

  1. Corruption in Sabah is really wild spreed and this has been going on for a very long time since more than 30 years ago, it is so bad that you do not know who know about what are going on or benifited from such activities. 2 cocodiles whom I persionally know finally have been caught, but you do not know how many more of them are still out there in Jabatan Air, extramely likely also in JKR and DBKK.This explain why most of those who have to deal with these Cocodiles departments remain quit, as they are the Raja, the Tuan, many even have Datuks and Tan Seri titles. If they do not like you, you are in deep trouble because of their positions.
    It is no use to cry over spilled milk,the solution is really simple,and it pazzled me why our smart BN government have not thought of using OPEN TENDER System, advertise all tenders with running serial numbers and post them in local newspapers and in the internet before tender close so that the public know what is going on. Now there may be 40 tenderers going for a project, but they all belong to the friends and associates of the cocodiles.
    Learn from the Penang Government, go for open tenders and for all Malaysian not just Sabahan,not just restrict to Sabah Bumiputra contractors to avoid abuse, as we all know there are very few real Sabah bumiputra contractor, beside many Ali Baba one.

    Ruling and Oppositions parties members who are not corrupted, please think about it and spread my idea to save your beloved country from corruption.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s