Tun Mahathir Tak Setuju PKR Lakukan Kerahan Ahli Sokong Semakan Kes Anwar

AIDCNews -10/10/16 –Presiden PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan usaha PKR mengerah keahlian parti untuk hadir ke mahkamah bagi menyokong semakan kes liwat ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim, Rabu depan.

Dr Mahathir Mohamad, mahkamah mesti mempunyai keputusannya sendiri tanpa perlu mengambil kira populariti individu yang berdepan dengan kesalahan jenayah.

“Semua orang hendaklah sama sisi undang-undang. Bagaimana jika esok kita mempunyai seseorang yang menghadapi keadaan yang sama, (tetapi) yang tidak mempunyai sokongan orang ramai seperti Anwar?,” kata Tun Mahathir dalam Sidang Kemuncak Kebebasan Malaysia di Petaling Jaya, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada bekas Ahli Parlimen PKR Balik Pulau, Mohd Yusmadi Ysof yang meminta pemimpin veteran itu mengulas apakah tindakan yang diperlukan menjelang permohonan semakan kes liwat Anwar.

Khamis lalu, Naib Presiden PKR, Tian Chua mengajak ahli-ahli PR dan orang ramai berkumpul di luar Istana Kehakiman, Putrajaya pada 12 Oktober ini untuk menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Tian Chua berkata perhimpunan itu diadakan sempena permohonan semakan semula sabitan kes liwat ke atas ketua Umum PKR itu.

Katanya selain menandakan sokongan kehadiran orang ramai juga menunjukkan kesungguhan rakyat mahukan perubahan di negara ini.

“Ia bukan sekadar Anwar, ia adalah tentang mempertahankan suatu sistem, menuntut perubahan dalam sistem.

“Jika kita mahu melihat perubahan kebangkitan rakyat boleh menunjukkan pendirian dan kemahuan kita kepada perubahan,” katanya.

Ini merupakan percubaan kedua Anwar memohon semakan Mahkamah Persekutuan berkenaan kesnya selepas percubaan pertama ditolak kerana tidak mempunyai bukti baharu yang kukuh bagi menyokong permohonannya itu.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh selepas disabitkan kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Advertisements

One thought on “Tun Mahathir Tak Setuju PKR Lakukan Kerahan Ahli Sokong Semakan Kes Anwar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s