Anwar Buat Permohonan Kali Kedua Semakan Hukuman Penjara 5 Tahun

AIDCNews -11/10/16 –Selepas gagal dalam permohonan pertama untuk membuat semakan kehakiman terhadap sabitan bersalah kerana meliwat dan dipenjara selama 5 tahun di Mahkamah Persekutuan pada Mei lalu, Anwar Ibrahim membuat permohonan kali kedua di mahkamah sama yang dijangka akan didengar esok.

Mahkamah Persekutuan dijangka akan mendengar permohonan kedua Anwar itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan semula terhadap keputusan sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang kukuh untuk menyokong fakta kes.

Walaupun Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk menerima atau menolak semakan keputusan kehakiman tersebut.

Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bukti baharu yang didakwanya kukuh iaitu di atas hujah konspirasi politik dengan memohon mahkamah menerima keterangan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Ramli Yusuff dalam semakan pensabitan kes liwatnya.

Namun, Mahkamah Persekutuan yang mendengar permohonan semakan kehakiman itu pada 23 Mei lalu telah menolak permohonan Anwar dengan alasan tidak relevan dan tidak signifikan.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan lima anggota panel hakim yang mendengar permohonan semakan kehakiman itu memutuskan bahawa tiada pertalian antara keterangan Ramli dan pembelaan Anwar mengenai konspirasi politik dalam permohonan semakan kesnya itu.

“Kami dapati tiada apa dalam keterangan Ramli yang boleh mendedahkan sebarang bukti yang berkaitan dengan pembelaan pemohon (Anwar) tentang konspirasi politik. Keterangan Ramli akan menjadi sia-sia dalam hal keadaan kes itu,” kata Hakim Zulkefli.

Panel hakim itu juga membuat keputusan bahawa terdapat cukup banyak bukti bagi mahkamah memutuskan sama ada bersalah atau sebaliknya dan pemohon tidak perlu untuk beralih mendapatkan maklumat dari luar.

Dalam penghakimannya, Hakim Zulkefli berkata pembebasan dan pelepasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi pada akhir kes pembelaan tidak dibuat atas dasar konspirasi politik walaupun hakim perbicaraan mengambil kira perkara itu dalam pembelaan Anwar.

Pada 19 Sept lalu, Peguam Anwar dari Amerika Syarikat, yang baharu dilantik Kimberly Motley membayangkan Anwar mungkin gagal sekali lagi dalam permohonan semakan kedua itu.

“Sudah tentu kita mahu untuk mendapatkan pembebasannya.

“Jika ia tidak berfungsi, kami akan cuba untuk memohon tahanan rumah yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia,” kata Motley.

Walau bagaimanapun, permohonan tahanan rumah sepertimana yang dituntut peguam Anwar itu tidak ada dalam peruntukan undang-undang di Malaysia, tegas peguam jenayah, Baljit Sidhu.

Dalam permohonan semakan kehakiman kali kedua itu, Anwar dijangka akan diwakili oleh barisan peguam diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Barisan peguam Anwar yang lain termasuklah Ramkarpal Singh Deo, Gobind Singh Deo, Sangeet Kaur Deo, N.Surendran, Latheefa Koya, R. Sivarasa, J.Leela, Lim Khim Choon, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.

Pada September lalu, Motley telah dilantik sebagai penasihat undang-undang antarabangsa untuk Anwar.

Namun, Motley dijangka tidak akan dilibatkan secara langsung dalam mahkamah untuk permohonan semakan kehakiman Anwar itu kerana dia tidak berdaftar sebagai peguam di Malaysia.

NGO Nasihat Shafie Tidak Payah Layan Peguam Anwar Upahan Asing

Siapa Bayar Peguam Anwar Dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley ?

Tun Mahathir Tak Setuju PKR Lakukan Kerahan Ahli Sokong Semakan Kes Anwar

Wan Azizah Tahu Latheffa Koya & Surendran Duduk Serumah ?

One thought on “Anwar Buat Permohonan Kali Kedua Semakan Hukuman Penjara 5 Tahun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s