Guan Eng Ajak PAS Kembali Ke Pangkuan BERSIH ?

AIDCNews -11/10/16 –Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengajak pihak yang berpaling tadah dari Perhimpunan Bersih 5 sebelum ini supaya pulang ke pangkuan perhimpunan itu semula.

Menurutnya, ajakan itu bagi memastikan semua rakyat Malaysia bersatu padu untuk menuntut pilihanraya akan datang diadakan secara bersih dan adil.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, walaupun kini pendapat berbeza namun mereka yang meninggalkan Bersih satu ketika dahulu boleh menyertai semula Bersih dengan satu tujuan iaitu menuntut keadilan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU 14) kelak.

“Perhimpunan ini sebagai menunjukkan kepada rakyat kemahuan rakyat iaitu pilihanraya yang bersih. Saya berharap pihak yang sebelum ini pernah menyokong Bersih tetapi bertindak meninggalkannya (organisasi ini) kembali semula untuk memperjuangkan pilihan raya umum yang bersih.

“Meskipun berbeza ideologi politik, itu tidak menjadi masalah. Dahulu kawan tetapi kini lawan, kita harap mereka balik dan menyokong Bersih,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran Bersih 5 peringkat negeri di Georgetown, pada Isnin.

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu tidak akan menyertai perhimpunan Bersih 5 selepas mengambil kira Bersih mempunyai objektif tersendiri yang tidak senada dengan parti tersebut.

PAS sebelum ini juga tidak menyertai Bersih 4 yang sekali gus menyaksikan penurunan mendadak jumlah peserta perhimpunan itu khususnya dalam kalangan orang Melayu sebaliknya lebih banyak disertai penyokong DAP.

Guan Eng berkata, pilihanraya bersih mampu menghasilkan keputusan tepat untuk menentukan pemimpin yang layak untuk memimpin negara.

“Menang kalah itu bukan masalah, kita boleh terima jika kita kalah tetapi mesti menerusi pilihan raya yang bersih dan adil. Apa yang kita tidak boleh terima, apabila mereka main politik kotor. Saya mengajak semua rakyat menyertai Bersih 5 kerana ia satu kempen untuk rakyat, bukan membantu mana-mana pihak.

“Saya juga berharap agar usaha 19 November ini akan memberi satu nafas baharu kepada pilihanraya. Saya tidak faham mengapa ada yang sertai Bersih dahulu, kini tidak lagi bersama kami. Tetapi jika mereka mahu pulang ke pangkuan, kita sedia terima. Masih belum terlambat. Kita harus bersatu demi pilihanraya yang bersih untuk rakyat Malaysia,” katanya lagi.

One thought on “Guan Eng Ajak PAS Kembali Ke Pangkuan BERSIH ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s