PAN Sokong Usaha PPBM Pujuk PAS

AIDCNews -11/10/16 –Parti Amanah Negara (PAN) menyokong usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memujuk PAS untuk bersama-sama pakatan pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pakatan Harapan yang dianggotai PAN, PKR dan DAP serta PPBM perlu membuktikan kepada rakyat bahawa pihak manakah yang sebenarnya menjadi perosak pembangkang untuk bersatu.

“Kita masih punya waktu untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk PAS.

“Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak Barisan Nasional,” katanya menerusi kenyataan.

Sebelum ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu sedia memujuk PAS untuk bersama-sama parti pembangkang lain menentang BN.

Walau Bagaimanapun kata Salahuddin, rundingan dengan PAS tidak seharusnya mengambil masa yang terlalu panjang kerana semua pihak perlu melakukan persedian awal menjelang PRU-14.

“Amanah juga ingin menegaskan walaupun pintu rundingan sentiasa terbuka luas namum batas waktu rundingan mesti ditentukan supaya segala keputusan dan penentuan hala tuju kita dapat dimuktamadkan dengan segera,”katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s