Perhimpunan BERSIH 5.0 Sudah Tidak Lagi Relevan – Penganalisis

SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan Bersih 5 yang bakal diadakan November nanti tidak akan memberi impak yang berkesan terhadap rakyat dan kerajaan.

Ini kerana menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, rakyat kini sudah letih untuk mengikuti dan menyertai pelbagai siri himpunan anjuran pembangkang.

“Saya rasa yang dulu (Himpunan Bersih 1 dan Bersih 2) lebih hebat, kesannya mungkin tidak seberapa kerana rakyat sudah letih dan muak dengan setiap himpunan jalanan. Hasilnya (dari himpunan) tetap tiada.

“Mungkin yang kelihatan berbeza sedikit berbanding dahulu adalah himpunan ini digerakkan di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Beliau juga percaya rakyat tidak perlu banyak berhimpun di jalanan untuk menyuarakan kehendak masing-masing.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan semasa negara seperti mana yang berlaku di beberapa negara lain.

Jeniri dalam masa sama turut menasihatkan kumpulan Baju Merah dan Bersih mengawal tingkah laku dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.

“Kedua-duanya perlu kawal tingkah laku dan kawal emosi. Perlu diingatkan, tindakan yang melampau boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah yang merugikan.

“Jangan keluarkan kenyataan yang menghasut atau tidak disukai orang lain. Jangan sampai pertembungan kedua himpunan ini merosakkan hubungan rakyat dan sistem demokrasi negara,” katanya lagi – SH

Perhimpunan BERSIH Sudah Tidak Lagi Relevan – Khalid Ibrahim

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s