PERKASA Kecam Tindakan Meroboh Menara Azan/Telekomunikasi Surau Ar-Raudhah Setia Alam Selangor

hassanbasri1. Dakwah Islam bukan sekadar disebarkan melalui sembahyang, puasa, ceramah dan sebagainya. Tetapi syiar Islam turut disebarkan melalui perlambangan seperti bendera, warna hijau, simbol bulan bintang dan menara-menara azan.

2. Sebab itu, kebiadapan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bertindak meroboh menara Azan Surau Ar Raudhah Setia Alam Selangor baru- baru ini dilihat sebagai satu tindakan yang sangat mencemarkan kesucian Islam.

3. Kita tidak hairan kalau sebuah kerajaan bukan Islam bertindak keras terhadap syiar islam. Tetapi amat memalukan, bagaimana sebuah kerajaan dan MBSA yang kuasai oleh orang yang beragama Islam sanggup membenarkan satu perlambangan agama mereka dan syiar Islam diruntuh dan dirobohkan. Dan yang paling malang di mana keperihatinan agensi agama Jabatan Agam Islam Selangor (JAIS) mempertahankan syiar Islam yang dianjur oleh Rasullullah s.a.w.

2. Walaupun pihak MBSA cuba berdolak dalih untuk membenarkan tindakan biadap mereka dengan menyatakan bahawa menara azan itu dibina secara tidak sah oleh sebuah syarikat telekomunikasi iaitu Pembangunan Omnix (M) Sdn Bhd dan berperanan sebagai dwifungsi (telekomunikasi dan azan).

3. Lalu PERKASA menyelar helahan tersebut. Kalaulah benar ia dibina secara tidak sah, kenapa perlu diroboh seluruh struktur binaan yang tingginya 30 meter dan terlambang kubah Islam. Bukan ia satu tindakan pembaziran ratusan ribuan ringgit untuk membina menara ini. Kenapa pihak MBSA tidak mengarahkan sahaja syarikat tersebut menurunkan peralatan tekomunikasi kalau benar tanpa kebenaran dan mengekalkan corong laungan azan sahaja tanpa membabitkan runtuhan menara tersebut.

5. Dan yang malang kenapa selepas 2 tahun dibina menara dan tertegaknya syiar Islam baru sekarang tindakan diambil oleh MBSA. Apakah sebelum pihak MBSA tidak menyedari pembinaan menara yang tingginya 30 meter yang boleh ‘dilihat’ dari Pejabat Datuk Bandar MBSA.

6. PERKASA bukan bersifat rasis. Tapi kalau MBSA berhujah menara ini dibena tanpa kebenaran lalu ‘berbangga’ untuk meruntuhkannya, timbul persoalan kenapa MBSA tidak bertindak meroboh rumah-rumah ibadah lain yang dibina bercambah tanpa kebenaran yang sangat menjolokkan mata.

7. Apa yang membimbangkan PERKASA, adakah runtuhan menara syiar Islam ini dibayangi oleh tekanan Ahli Majlis MBSA Zon 21 (Zon Setia Alam) yang diwakili oleh orang bukan beragama Islam.

8. Sepatutnya pihak MBSA sebelum bertindak biadap mencemarkan imej Islam diseru supaya peka dan prihatin kesensitifan setiap isu khususnya hak Islam. Apakah pihak MBSA tidak boleh berbincang terlebih dahulu sebelum meruntuh syiar Islam ini.

9. Sekali lagi PERKASA tanpa mengira siapa kamu, sangat menentang keras sebarang usaha yang membawa kerosakan kepada Islam, bangsa dan tanahair.

HASSAN BASRI MUHAMMAD
Ketua Penerangan PERKASA Malaysia

Roboh Menara Surau : Azmin Takut Azan Ganggu Pengundi Cina Di Setia Alam

Advertisements

One thought on “PERKASA Kecam Tindakan Meroboh Menara Azan/Telekomunikasi Surau Ar-Raudhah Setia Alam Selangor

  1. Disini, bukan saya nak mempertikaikan tindakan MBSA, dan saya memahami bidang kuasa meroboh binaan tanpa kebenaran dan kelulusan adalah tertakluk kpd undang-undang PBT. Bukan isu ini yg hendak diulas, tetapi sikap bermuka-muka dari pihak PAS dan PKR. Ingatkah kita dahulu, semasa era pemerintahan Khir Toyo, ketika kerajaan sedang giat menghapuskan setinggan di seluruh Selangor, maka ia akan melibatkan juga perobohan surau-surau tanpa kebenaran. Ironinya, ketika itu puak-puak inilah berbaring di atas jalan, berdemo dan merusuh ketika PBT hendak melakukan perobohan. Dimanakah mereka sekarang? Sekarang sudah terlibat, apa yg mereka perjuangkan dahulu bukanlah kerana mempertahankan surau dan agama Islam, tetapi lebih kepada mencapai laba politik semata-mata. Inilah hipokrasi tahap tertinggi oleh geng-geng lebai dan geng penyamun!!

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s