Tun Mahathir Masih Percaya Anwar Bersalah Meliwat

SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga hari ini percaya bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah kerana meliwat.

Ujarnya, Anwar dibuktikan bersalah sejurus selepas pihak berkuasa mengemukakan bukti kepada mahkamah.

“Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah),” katanya dipetik wawancaranya bersama portal Malaysiakini.

Anwar pertama kali disabitkan kesalahan meliwat pada 1998. Kini bekas ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipenjarakan buat kali kedua, selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Anwar dan keluarganya mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.

Malah Dr Mahathir sendiri dituduh mendalangi tuduhan liwat ke atas Anwar.

Bekas presiden Umno itu memberitahu, beliau tidak tahu menahu jika tuduhan liwat kali kedua adalah konspirasi pihak tertentu terhadap Anwar.

“Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri),” ujar Dr Mahathir.

Dr Mahathir dalam pada itu memberitahu beliau dan Anwar sudah berdamai.

Ini berbeza dengan kenyataannya ketika tampil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional (MKN) dan bukannya untuk berdamai.

Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir berkata:

“Saya patut harap begitu”.

Dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur ‘jarak kerjasama’ dalam kalangan partipembangkang tetapi tetap berusaha bagi membentuk satu pakatan sebagai persediaan menentang Umno BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti – AP

Siapa Bayar Peguam Anwar Dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley ?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s