Mahathir & Muhyiddin Diminta Lupakan Hasrat Pujuk PAS – Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang

SHAH ALAM: PAS tetap menolak sebarang usaha rundingan atau kerjasama dengan DAP dan Amanah, meskipun tawaran itu akan digerakkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik menegaskan Pengerusi dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak perlu menjadi orang tengah dalam usaha perdamaian itu kerana PAS tetap dengan keputusan menolak dua parti itu.

“Kita rujuk kembali kepada kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana (pihak). Bukan bergabung, tetapi bekerjasama, namun tidak dengan DAP dan Amanah. Ia satu kenyataan jelas daripada Presiden.

“Sekiranya Mahathir dan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berfikir untuk menyatukan gabungan itu, termasuk mengajak PAS, DAP dan Amanah, bermakna mereka kena lupakan hasrat itu,” katanya kepada Antarapos, hari ini.

Mokhtar menyatakan respon terhadap hasrat PPBM yang akan terus mengadakan perbincangan dengan PAS dalam usaha memulihkan hubungan parti dengan seterunya, DAP dan Amanah.

Dr Mahathir pada Sabtu lalu berkata akan memujuk PAS dalam usaha menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi dalam keadaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang semakin hampir.

Sebelum Dr Mahathir berbuat demikian Muhyiddin terlebih dahulu menawarkan diri untuk menjadi orang tengah dalam menyatukan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain.

Muhyiddin turut mendakwa memperolehi sokongan positif daripada kepimpinan tertinggi parti itu.

Namun PAS tampil dengan kenyataan baru, menerusi Ketua Penerangannya, Nasruddin Hassan yang menegaskan partinya tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah – AP

Advertisements

One thought on “Mahathir & Muhyiddin Diminta Lupakan Hasrat Pujuk PAS – Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang

  1. Tk keje lain keee…asyik nk menipuuuu aje…bila pihak sblh kata tk akan bekerjasama, diam kjap….lps tu nipu cara lain lak…
    Makin tua mkin kuat nipu….udah2 laaa…nk kejar pe lagi…usia mkin tua…beringat ingat laaa….

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s