Semakan Kes Liwat : Tiga Hujah Anwar Tidak Kukuh

PUTRAJAYA: Pihak pembelaan menyentuh tiga elemen dalam hujah menyokong permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Mahkamah Persekutuan menyemak keputusannya sebelum ini berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun terhadap bekas ketua pembangkang itu atas tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pada prosiding di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi, peguam Anwar, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mengemukakan hujah berkaitan bukti yang dikemukakan di mahkamah selain penyalahgunaan proses serta teori konspirasi.

Beliau berhujah, kes ke atas anak guamnya wajar diketepikan berdasarkan integriti lokasi kejadian dan bukti DNA.

Berhubung elemen penyalahgunaan proses pula, peguam itu menyentuh tindakan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai Pendakwa Raya dan mengadakan sesi penerangan bersama pemimpin parti politik selepas keputusan Mahkamah Persekutuan mensabitkan Anwar.

Beliau berkata, ketiga-tiga elemen itu membuktikan wujud keraguan dalam kes liwat membabit Anwar.

Permohonan Anwar didengar panel lima hakim, iaitu Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Hasan Lah serta dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan dibarisi Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah, manakala Anwar turut diwakili peguam, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya – BH

Anwar Buat Permohonan Kali Kedua Semakan Hukuman Penjara 5 Tahun

Advertisements

2 thoughts on “Semakan Kes Liwat : Tiga Hujah Anwar Tidak Kukuh

  1. Anwar sepatutnya mengambil sikap menerima saja hukuman tersebut,dan bertaubat dgn harapan Allah mengampunkan dosa beliau dan tidak lagi menghisabnya di akhirat berhubung dgn dosa ini.Allah Maha Tahu sama ada Anwar bersalah atau tidak ,jadi tak perlu berpura-pura sebagai tidak bersalah.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s