Kes Liwat II : Team Peguam Anwar Paling Mantap Ketika Zaman S.N Nair -Yuktes Vijay

yuktes2AIDCNews -13/10/16 –Team peguam Anwar Ibrahim bagi membela kes liwat II paling mantap ketika Sankara Narayanan A/L Sankaran Nair atau SN Nair (bertanda bulat di atas) menjadi salah seorang peguam belanya, kata Yuktes Vijay.

SN Nair terlibat sebagai peguam bela Anwar dari permulaan kes itu disebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada 7 Ogos 2008, dipindah ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 sehinggalah keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat pada 9 Januari 2012 oleh Yang Arif Dato’ Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Sepanjang penglibatan SN Nair, firma guamannya, S N Nair & Partners turut dijadikan firma guaman yang mewakili Anwar.

“Satu-satunya masa Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah dalam Liwat II ialah apabila orang-orang ini dalam pasukan peguamnya,”kata Yuktes Vijay yang merujuk kepada keputusan hakim Mohamad Zabidin pada 9 Januari 2012.

Ketika itu barisan peguam bela Anwar diketuai oleh Karpal Singh dengan dibantu oleh SN Nair, Ram Karpal Singh dan Datuk Param Cumaraswamy.

Manakala pasukan pendakwaan diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan dibantu Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan C. K. Wong.

Dalam keputusannya, hakim Mohamad Zabidin ketika menyampaikan keputusannya menegaskan mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus integriti sampel DNA tidak terusik, oleh itu Anwar telah dibebas dan dilepaskan

Hakim Mahkamah Tinggi itu membuat keputusan membebaskan Anwar kira-kira 17 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) yang membolehkan Ketua Umum PKR itu bertanding dalam PRU itu dan menawarkan diri menjadi calon Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Pada PRU 13, Anwar berjaya memenangi Parlimen Permatang Pauh, namun gagal menjadi PM apabila Barisan Nasional (BN) masih lagi dominan di Dewan Rakyat.

yuktes

Menurut Yuktes Vijay yang juga pembantu kepada peguam S.N Nair, bosnya itu telah dilucutkan menjadi salah seorang barisan peguam bela Anwar ketika Mahkamah Rayuan mendengar kes itu pada 6 dan 7 Mac, 2014.

“Hanya Karpal (Singh) kekal dengan Anwar apabila kes itu didengar di Mahkamah Rayuan. Tetapi, mereka kalah,”kata Yuktes yang merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada Mac 2014.

Pada 7 Mac 2014, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan Anwar bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan untuk mengesahkan dan membuktikannya.

Hakim Balia berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamad Zabidin telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA telah dicemari.

Dalam penghakimannya beliau berkata isu kemungkinan sampel DNA diambil daripada Mohd Saiful telah diusik oleh pegawai penyiasat kes Superitenden Jude Blacious Pereira dan telah tercemar juga tidak dapat dibuktikan.

“Kami meneliti bukti oleh Pegawai Penyiasat Jude Blacious Pereira, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu ke dalam setiap sampul.

“Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan” tegasnya.

Dengan keputusan itu, mahkamah telah memutuskan Anwar dihukum penjara selama lima tahun, namun mahkamah membenarkan keputusan itu ditangguhkan untuk rayuan di peringkat yang lebih tinggi.

Ketika diperingkat Mahkamah Rayuan, Anwar diwakili oleh barisan peguamnya, Karpal Singh (ketua) dan dibantu oleh Ram Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo, Zaleha Al-Hayat dan Jeremy Vinesh Anthony dengan menggunakan firma guaman Karpal Singh & Co.

Manakala pihak pendakwa diwakili oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Muhammad Shafee bin Mohd Abdullah bersama dengan dua peguam lain iaitu Dato’ Mohamad Hanafiah bin Zakaria dan Noorin binti Badaruddin.

Yuktes Vijay berkata barisan peguam diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram menjadi peguam bela Anwar hanya di peringkat Mahkamah Persekutuan, iaitu selepas Karpal Singh meninggal dunia.

“Gopal Sri Ram, Eric Paulsen, Suren, Sivarasa dan peguam yang lain dengan kot hitam yang menggelarkan diri mereka sebagai ” Peguam Anwar ” apabila kes Liwat 2 didengar di Mahkamah Persekutuan.

“Peningkatan bilangan peguam tidak membuat perbezaan kerana Anwar berkata selamat tinggal kepada kebebasan.

“Anwar sudah pasti bebas sehingga ke hari ini. Jika kalau dia tak cuba untuk mengurat peguam dia sendiri,”kata Yuktes.

Pada 10 Februari 2015, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria memutuskan Anwar bersalah dengan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.

Keputusan itu sekaligus menyebabkan Anwar lucut kelayakkan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Memang DAP Mahu Anwar Dipenjarakan – Yuktes Vijay

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s