Semakan Kes liwat Anwar Bukti Kimberley Motley Sekadar Peguam Pemerhati HRF

mot0AIDCNews -13/10/16 –Tidak seperti yang digembar-gembur sebelum ini, semakan kes liwat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan semalam membuktikan peguam Kimberley Motley dari Amerika Syarikat sekadar peguam pemerhati untuk Human Rights Foundation (HRF) semata-mata.

Pada 13 Sept lalu, Motley diwar-warkan sebagai peguam yang mewakili Anwar, seolah-olah bakal mengetuai barisan penguam bela jawatan yang sebelum ini disandang Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Namun semalam, ketika semakan kes liwat Anwar membuktikan semua itu adalah propaganda semata-mata.

Gopal Sri Ram masih lagi mengetuai barisan penguam bela Anwar yang turut dibarisi peguam yang sama N Surendran, Latheefa Koya, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo dan J Leela.

Nama Motley tidak disenaraikan sebagai salah seorang barisan peguam yang mewakili Anwar.

Motley dilantik secara rasmi sebagai peguam Anwar pada 7 Sept dan didakwa menjalankan tugas secara pro-bono (tanpa bayaran),

mot

AIDCNews 17 Sept lalu mendedahkan tujuan PKR mewar-warkan Motley bertugas secara pro-bono sekadar perang saraf kerana ia bertentangan dengan sikap semula jadi Motley dan dia mugkin dibayar oleh pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap Anwar dan PKR.

Selanjutnya, sila baca “Siapa Bayar Peguam Anwar Dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley ?

Lawyers For Liberty (LFL) yang diwakili oleh peguam N Surendran dan Latheffa Koya dalam kenyataan di atas menjelaskan Motley adalah seorang peguam hak asasi manusia  antarabangsa yang terkemuka.

Besar kemungkinan segala kos perbelanjaan Motley dalam urusan kes Anwar dibiayai sepenuhnya oleh Human Rights Foundation berdasarkan kesungguhan badan itu mengikuti secara dekat kes liwat tersebut.

mot3

mot1

Kedua-dua organisasi hak asasi manusia, sama ada LFL dan HRF sama-sama mendapat tajaan dana asing.

LFL mendapat tajaan NED (National Endowment for Democracy), manakala HRF pula ditaja beberapa yayasan dana demokrasi termasuk the libertarian Atlas Economic Research Foundation dan the National Christian Foundation dan yayasan George Soros.

Peguam LFL pula bernaung di bawah firma guaman Daim & Gamany yang dimiliki oleh Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah.

R Sivarasa pula dilantik Pengarah Biro Guaman PKR dan diberi keistimewaan memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkaitan kerajaan Selangor – Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB).

N Surendran, Latheffa Koya dan R Sivarasa pula merupakan barisan peguam bela Anwar, malah firma guaman Daim & Gamany milik Sivarasa yang menguruskan kemasukan Motley ke Malaysia.

Rangkaian Anwar dan Motley hampir sama, termasuk sama-sama pernah berucap di Oslo Freedom Forum dan TED Talk.

Facebook Ma’LazyNews pernah mendedahkan strategi Anwar melantik Motley bertujuan untuk mengundang campur tangan daripada pihak asing ke dalam politik Malaysia.

“Bekas pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim telah memaksa campur tangan asing dalam usahanya untuk keluar dari penjara.

“Beliau telah menggabungkan seorang peguam dari Amerika Syarikat,kawalan Israel-Illuminati, Kimberley Motley, untuk membantu pasukan undang-undangnya di sini,” dedah Ma’LazyNews.

Wan Azizah Tahu Latheffa Koya & Surendran Duduk Serumah ?

3 thoughts on “Semakan Kes liwat Anwar Bukti Kimberley Motley Sekadar Peguam Pemerhati HRF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s