Tun Mahathir & Husam Berganding Bahu Gempur Kelantan ?

KUALA LUMPUR: Politik Kelantan akan bergegar lagi esok apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung dengan tokoh politik Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan juga Datuk Rosli Ibrahim dalam program ceramah di Kota Bharu.

Buat pertama kalinya, Dr Mahathir akan berceramah satu pentas dengan Husam, kerana ketika bekas perdana menteri itu berucap di Padang Majlis Daerah Kota Bharu di Ketereh sebelum ini, Husam tidak dibenarkan bersama.

Ia merupakan syarat kerajaan negeri PAS jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu meneruskan majlis itu di padang milik kerajaan negeri.

“Saya yakin kali ini akan ramai orang menyertainya,” kata Wan Johari Wan Omar, ketua Amanah Tumpat yang turut terlibat membantu program ini.

Zaid, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, merupakan tokoh di belakang program ini.

Melalui sebuah NGO, beliau menganjurkan ceramah menghimpunkan tokoh pembangkang Kelantan bersama Dr Mahathir untuk sama-sama memberikan harapan kepada rakyat negeri itu yang mereka boleh menang melawan PAS.

Di bawah tema “Mengapa kita boleh menang”, Zaid yakin menerima sambutan baik termasuk daripada pengundi di luar Kelantan dengan mensasarkan 10,000 kehadiran pada majlis yang akan diadakan di Tunjong itu.

“Kita bukan mahu menang Malaysia sahaja tetapi kita mahu menang Kelantan juga. Kita nak sapu bersih dan membawa era baru di Kelantan,” kata Zaid kepada FMT, menyokong gelombang yang dibawa Husam ke Kelantan.

Jika menang pusat dan Kelantan, kata Zaid, rakyat negeri pantai timur itu paling untung kerana Dr Mahathir sebelum ini sudah berjanji memberikan royalti minyak untuk Kelantan yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.

Sejak menyertai Amanah 30 Ogos lepas, Husam menggempur Kelantan habis-habisan.

Dua hari lalu, beliau menubuhkan 22 cawangan Amanah di Machang.

Di majlis pengumuman kemasukan ahli baharu ke dalam Amanah di Cyberjaya, Husam secara peribadi meminta izin rakyat Kelantan agar Amanah mengambil alih negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkannya jatuh ke tangan Umno dalam pilihan raya umum nanti.

Husam yakin, Amanah akan mendapat sokongan paling tinggi di negeri itu walaupun jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan BN.

Berucap di Gopeng beberapa hari lepas, Husam secara khusus memohon agar Amanah Kelantan diberikan hak autonomi untuk bertanding 3 penjuru melawan PAS dan BN, ketika rakan-rakan Amanah yang lain mahu pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Kita minta supaya Kelantan diberikan hak autonomi untuk bertanding tiga penjuru,” kata Husam yang berucap selepas 2 wakil PKR yang mahukan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dengan BN.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, dan Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nor Manuty yang berucap pada program itu berkata, usaha sedang dibuat bagi memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum nanti.

Bagi Husam, Amanah dan rakan-rakannya tidak boleh bekerjasama dengan parti yang terbukti tidak sesuai dan tidak mengutamakan rakyat dalam pentadbirannya.

“Kita tidak perlu memikul bebanan itu,” kata Husam yang menolak kerjasama dengan PAS di Kelantan – FMT

Serangan PAN Perlu Bermula Di Kelantan, Gesa Zaid

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s