Pemuda PAS Permatang Pauh Jumpa Wan Azizah Minta Sokong RUU 355

ruuAIDCNews -14/10/16 – Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh telah menemui Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk meminta sokongan Ahli Parlimen itu menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang bakal dibentangkan di Parlimen nanti.

Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ir. Ahmad Rafaei Dato Ir. A Rashid berkata walaupun Wan Azizah selaku Ketua pembangkang tidak menunjukkan minat untuk menyokong RUU 355, namun beliau meminta Presiden PKR mempertimbangkan semula keputusannya itu.

“Maka kami juga telah menggerakkan kesedaran dan dokongan penduduk khususnya dalam Parlimen Permatang Pauh yang kemudiannya telah dipanjangkan memorandum sokongan kepada Ahli Parlimen, Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pertemuan semalam.

“Pun begitu, Dato’ Seri Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia tidak menunjukkan kesungguhan beliau untuk bersama dalam menyokong pindaan tersebut. Sebaliknya menyatakan bahawa usul pindaan itu banyak kelompongan selain membangkitkan RUU Akta 355 itu bukan hukum hudud.

“Namun demikian, mewakili hasrat penduduk, kami tetap memberi harapan agar Dato’ Seri Wan Azizah melakukan pertimbangan sebaiknya agar pindaan pada akta berkenaan dapat berlaku demi kepentingan Islam dan umatnya di negara ini,” kata Ahmad Rafaei dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Kepimpinan PKR masih belum membuat keputusan sama ada parti itu akan menyokong atau menolak RUU 355.

“Kita ada mesyuarat pada 17 Oktober nanti. Ia hanya perbincangan. Kita telah menentukan tarikh perbincangan dan kita akan bincang,” katanya kepada media semalam.

Beliau bagaimanapun enggan memberi sebarang jaminan sama ada keputusan mampu dicapai pada 17 Oktober ataupun tidak.

Pada 26 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga anggota Parlimen kawasan Marang mengemukakan usul RUU berkenaan di Dewan Rakyat.

Usul berkenaan kini tersenarai dalam perkara keempat Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang bakal mula bersidang pada 17 Oktober depan.

One thought on “Pemuda PAS Permatang Pauh Jumpa Wan Azizah Minta Sokong RUU 355

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s