Pendirian Politik Ezam Mula Dipertikai

ezamRoket Kona – Beberapa keping foto memaparkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor menyerahkan borang keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berlegar di media sosial hari ini.

Namun hal itu tidak memeranjatkan memandangkan banyak pihak menjangkakan Ezam bakal menyertai parti Tun Dr Mahathir Mohamed itu selepas membuat keputusan keluar dari UMNO, beberapa minggu lalu.

Keputusan Ezam untuk menyertai PPBM dilihat sebagai keputusan cukup baik memandangkan bekas Ketua AMK itu dianggap hanya mencari ‘tempat teduhan’ semasa bertindak kembali kepada UMNO.

Tetapi dalam masa sama, beberapa pihak mempersoalkan pendirian politik Ezam yang didakwa berubah mengikut kepentingan peribadinya.

Ketika menyertai semua UMNO, Ezam mendakwa bertindak sedemikian untuk membongkar kemungkaran pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya ketika mengumumkan dirinya keluar dari UMNO, dia mendakwa pula bahawa parti itu gagal menerima pandangannya berkaitan soal Akta Rahsia Negara (OSA).

Apakah tindakan Ezam menyertai atau keluar daripada sesuatu parti politik itu hanya bersandarkan kepada kepentingan tertentu?

Persoalan ini terus berlegar di fikiran sebahagian pemerhati politik

Advertisements

One thought on “Pendirian Politik Ezam Mula Dipertikai

  1. Seperti dijangkakan dari awal, beginilah permainan politik Ezam. Jika benar beliau mengambil keputusan keluar dari UMNO kerana percaya UMNO hilang kredibiliti, saya rasa beliau menipu

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s