Jika PRU Tidak Bersih, Bagaimana DAP Boleh Perintah Pulau Pinang

AIDCNews -15/10/16 –Jika Pilihan Raya Umum (PRU) tidak bersih bagaimana DAP boleh menang dan kekal memerintah di Pulau Pinang pada PRU 13, soal Azizi Safar, Pengerusi Jawatankuasa Khas Perancangan Strategik UMNO Bahagian Kepala.

Azizi memberi contoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Phee Boon Poh mengedar risalah BERSIH 5 kononnya pilihan raya tidak bersih sedangkan dia sendiri menang di Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Pulau Pinang.

puyu

“Ini adalah Phee Boon Poh aka Mr So What, Exco Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang sedang mengedar risalah kempen Bersih 5.0.

“Di Pulau Pinang, DAP menang 19 kerusi DUN manakala PKR menang 10 dan PAS 1. Pakatan Rakyat telah menang 30 dari 40 kerusi DUN dalam Pilihanraya yang mereka dakwa tidak bersih.

“Jika benar pilihanraya tidak bersih, bolehkah DAP dan PKR menang dengan jumlah kerusi begitu banyak dan jumlah undi yang besar?,” soal Azizi dalam Facebook hari ini.

Tambahnya, BERSIH 5 mendakwa pihak mereka ‘non partisan’ (tidak berpihak kepada mana-mana parti politik), namun persoalannya kenapa pula ADUN DAP itu yang mengedarkan risalah BERSIH.

“Bersih 5.0 adalah non partisan… tidak menyebelahi mana-mana parti politik”… kata depa lah … hangpa fikir lah sendiri.

“Hanya mereka yang tidak familiar dengan proses pilihanraya percaya manipulasi undi dalam pilihan raya boleh berlaku,”katanya lagi

Advertisements

One thought on “Jika PRU Tidak Bersih, Bagaimana DAP Boleh Perintah Pulau Pinang

  1. Cakap memang tidak serupa bikin…
    Jika tidak bersih, mengapa sanggup menerima kemenangan sehingga memerintah beberapa negeri dan mewakili beberapa kawasan ? Kenapa bila kemenangan memihak kepada mereka, ia diterima tetapi bila sebaliknya dikatakan tidak bersih dan tidak telus. Jelaslah bahawa bila mereka yang menang keputusannya adalah pilihan rakyat tetapi bila rakyat menolak , dikatakannya sistem pilihanraya di tempat / kawasan tersebut tidak bersih. Maka melalak dan melolonglah mereka untuk berarak di jalanan mengatakan bahawa sistem pilihanraya di negara ini tidak bersih dan tidak telus.

    Bila berkuasa, hanya merekalah yang paling banyak berbuat baik dan menyantuni rakyat. Akan tersebarlah slogan – Cekap, Akauntabiliti dan Telus. Tapi bila ada penyelewengan dan salah tadbir urus berlaku, maka akan berusahalah mereka memungut derma simpati bagi melindungi dan membela pemimpin yang terlibat dari didakwa oleh proses undang-undang. Sungguh ketara sikap pilih kasih mereka sehinggakan ada ceberapa pemimpinnya kecewa dengan keadaan tersebut kerana dipinggirkan setelah berbakti dengan kesungguhan dan pengabdian yang jitu.

    Jelaslah mereka tidak demokratik walaupun berjuang atas nama demokrasi !

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s