Peranan Sebenar Kimberley Motley Dilantik Peguam Anwar Mula Dipertikai

motleyAIDCNews -15/10/16 –Perlantikan peguam dari Amerika Syarikat, Kimberley Motley sebagai peguam Anwar Ibrahim mula dipertikai kerana dia tidak dimasukkan sebagai salah seorang daripada peguam bela ketika Ketua Umum PKR itu memohon semakan kes liwat II di Mahkamah Persekutuan Rabu lalu.

“Dia (Motley) tidak boleh dirujuk sebagai (peguam dari) Queen Council. Dia melakukan undang-undang di Amerika Syarikat untuk pengetahuan anda.

“Oleh itu, satu-satunya cara dia boleh “mewakili” Anwar di mahkamah sama ada sebagai seorang pemerhati bagi mana-mana organisasi atau sebagai penyokong, “kata bekas peguam Anwar, Yuktes Vijay dalam Facebook hari ini.

Yuktes Vijay juga turut menyelar Majlis Peguam Malaysia kerana gagal menentukan kedudukan dan peranan Motley di Malaysia.

“Saya terkejut Majlis Peguam Malaysia tidak dapat menjelaskan bagaimana seorang peguam Amerika Syarikat boleh mewakili Anwar Ibrahim dalam kes-kes di sini.

“Peguam Amerika Anwar tidak boleh menjadi saksi pakar. Atas dasar apa dia boleh menganggap bahawa peranannya adalah melebihi daripada kefahaman logik.

“Mereka yang menjadi pengamal undang-undang sekarang ini nampaknya semuanya bodoh (kerana) seseorang (Motley) yang telah membuat satu penghinaan terhadap Majlis Peguam (tetapi) kamu masih tidak mempedulikan mengenainya,”katanya lagi.

Semalam, Motley dilaporkan kecewa kerana gagal mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun tiada temu janji dibuat.

Menurutnya, pertemuan itu bertujuan untuk membincangkan pembebasan Anwar dan kepentingan kepada rakyat di negara ini.

“Saya sudah hantar surat dua hari lepas (kelmarin) kepada pihak Najib dan mereka akui mereka terima surat saya.

“Saya ke sini hari ini untuk bertemu dengannya tetapi malangnya beliau (Najib) adalah seorang yang sibuk. Saya hormati masanya sebagai pemimpin negara,” katanya ketika ditemui pemberita selepas lebih sejam cuba bertemu dengan Najib di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, semalam.

Motley berkata, pihaknya kini sedang menunggu maklum balas dari pihak JPM untuk menetapkan tarikh temu janji dengan Najib.

“Saya harap dapat bertemu dengan beliau dan perkara ini dapat diselesaikan sebelum saya pulang ke Washington dalam masa dua minggu lagi,” katanya lagi.

Semakan Kes liwat Anwar Bukti Kimberley Motley Sekadar Peguam Pemerhati HRF

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s