UMNO Selangor Persoal Pelan Alternatif Kerajaan Negeri Untuk Atasi Masalah Bekalan Air

SUNGAI BULOH: Umno Selangor mempersoalkan kerajaan negeri mengenai pelan alternatif bagi menangani isu bekalan air, susulan beberapa siri gangguan berlaku sehingga menjejaskan rakyat negeri ini.

Ketua Penerangannya, Datuk Zein Isma berkata kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak boleh terus mencari alasan sebaliknya perlu tampil dengan pelan proaktif untuk menangani gangguan bekalan air yang kerap kali berlaku.

“Bila sudah tahu (bekalan) air berkurangan di loji dan empangan, tidak adakah rancangan khusus dilakukan oleh kerajaan negeri? Buat pengumuman pada dua penggal lepas, tetapi hari ini masalah air tidak boleh diselesaikan.

“Secara terperincinya pada baru-baru ini menuduh pula disebabkan sabotaj dalaman. Sedangkan sabotaj itu dikatakan pekerja itu diambil tindakan selepas (kejadian) berlaku pada 6 September. (Bekalan) Air tak cukup dilaporkan pada 26 September. Tempoh 20 hari itu cukup lama dan dijadikan alasan,” katanya kepada pemberita selepas hadir merasmikan Gelombang Bangkit Selamatkan Selangor, hari ini.

Zein merujuk kepada kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh kerajaan negeri dengan mengaitkan perbuatan sabotaj kakitangan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) yang menjadi punca bekalan air di Selangor bermasalah.

Air Selangor pada 6 September lalu yang menggantung seorang pekerjanya kerana disyaki terlibat dalam perbuatan khianat sehingga menyebabkan gangguan bekalan air yang menjejaskan 340,000 pengguna di Klang dan Petaling.

Bagaimanapun pengumuman mengenainya hanya dilakukan pada penghujung bulan lalu, sekaligus mencetuskan persoalan di sebalik tindakan itu.

Zein yang juga Ketua Umno Bahagian Subang dalam masa sama terus mengkritik pengurusan air oleh kerajaan negeri yang dilihat masih belum berpenghujung.

“Azmin bukan tidak tahu masalah air. Beliau membatalkan perjanjian pembinaan loji. Dan hari ini beliau tidak mengikut kajian menyeluruh kerajaan pusat pada suatu ketika dahulu yang telah merangka dan menyatakan kita akan menghadapi masalah air, bukan sahaja untuk kegunaan rumah malah untuk perindustrian.

“Malah mutu air pada hari ini amat jauh jika dibandingkan dengan mutu air yang sepatutnya boleh diminum,” tambahnya.

Sebelum ini beberapa kawasan dilaporkan mengalami masalah gangguan bekalan air seperti di Klang dan Petaling.

Terdahulu gangguan bekalan air berlaku di Semenyih, dipercayai berpunca dari penutupan loji rawatan air sungai Semenyih yang disebabkan pencemaran sungai Semenyih – AP

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s