Azmin Pilih PH, Bersedia Putuskan Hubungan Dengan PAS ?

azminAIDCNews -17/10/16 –Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Parti Amanah Negara (PAN) kerana berjaya bertapak sebagai sebuah parti politik sebagai politik matang di negara ini walaupun usianya baharu setahun.

“Tahniah kepada AMANAH. Walaupun usia setahun tapi cukup matang dalam politik mereka. Saya yakin AMANAH akan main peranan penting dalam politik negara.

“Senario politik semasa memerlukan kekuatan baru. Negara sedang dilanda kegawatan kepimpinan dan kecurangan pengurusan ekonomi negara. Kita tak boleh lagi mendokong Umno BN,”kata Azmin dalam program Ceramah Mega Setahun Amanah di Shah Alam semalam anjuran PAN dengan kerjasama PKR, PPBM dan DAP.

Turut hadir dalam program itu, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu dan Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata beliau bersedia menolak sesiapa sahaja yang dilihat berpihak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Bukan sahaja menyokong Perdana Menteri Najib Razak malah mana-mana pihak yang dilihat bersama dengan Najib pun tidak boleh diterima.

“Tidak boleh bersekongkol dengan bapak perompak negara.

“Kita nyatakan ikrar, mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Umno BN, rakyat akan menolak mereka pada pilihan raya akan datang,”katanya lagi.

pan

Kenyataan Azmin di atas merupakan kenyataan paling keras setelah lama berdiam diri di mana sebelum ini memperlihatkan dirinya sebagai pro kepada PAS.

azmin

tun

mat
husam
maria

One thought on “Azmin Pilih PH, Bersedia Putuskan Hubungan Dengan PAS ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s