Selepas 50 Tahun DAP Pembangkang Paling Dominan Di Dewan Rakyat

ppembangkang-dewan-rakyatAIDCNews -17/10/16 – Selepas DAP meraikan ulang tahunnya yang ke 50 tahun, parti itu kembali menjadi parti yang dominan di Dewan Rakyat dengan 37 kerusi, diikuti PKR (29), PAS (14), PAN (6), Warisan (2) dan PPBM (1).

DAP pernah menjadi dominan di kalangan pembangkang sekitar tahun 1975 hingga 1999 apabila Lim Kit Siang dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Namun, PAS mula mendominasi selepas Pilihan Raya Umum 1999 sehingga 2004. Ketika itu PAS bergabung dengan PKR membentuk Barisan Alternatif (BA) yang pada awalnya turut disertai DAP, namun DAP keluar daripada BA pada tahun 2001.

Dengan terbentuknya Pakatan Rakyat (PR) selepas PRU 2008, kedudukan PAS makin menurun, sedangkan DAP semakin melonjak dengan pencapaian tertinggi di Dewan Rakyat sebanyak 38 kerusi pada PRU 13 yang lalu.

Walaupun DAP paling dominan di Dewan Rakyat, namun DAP tetap menamakan sama ada Anwar Ibrahim atau isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan isu ini oleh wartawan Antarapos, Haizal Yatiran dengan menonton rakaman di bawah :

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s