AJK PAN Pusat Mazlan Alimin Mungkin Bakal Diisytihar Muflis

AIDCNews -18/10/16 –Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu merayu orang ramai membantu Ahli Jawatankuasa PAN pusat, Mazlan Aliman yang memerlukan bantuan kewangan bagi membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu berkata, bantuan tersebut sangat diperlukan Mazlan yang berjuang atas kapasiti presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), untuk mengelak daripada kemungkinan bakal diisytiharkan muflis.

“Beberapa tindakan undang-undang diambil ke atasnya dan tindakan saman yang akhirnya menyebabkan beliau telah diminta membayar tuntutan sebanyak RM500,000 semata-mata kerana tulisannya.

“Sekiranya Mazlan tidak dapat mencari wang tuntutan ini, beliau akan segera dimufliskan. Dengan itu kami hadir merayu kepada orang ramai untuk membantu beliau,” kata Mat Sabu dalam sidang media Solidariti buat Mazlan Aliman di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 25 April lalu, Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd gagal dalam permohonan menangguhkan pembayaran ganti rugi berjumlah RM350,000 kepada FELDA.

Mereka telah diperintahkan Mahkamah Tinggi pada 29 Mei tahun lalu untuk membayar ganti rugi itu selepas didapati bertanggungjawab memfitnah FELDA menerusi penerbitan buku bertajuk, Felda…Dulu Tolong Sekarang Ah Long.

Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran, berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendapati permohonan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi itu tidak mempunyai merit.

Beliau berkata, anak guamnya diperintahkan membayar kos sebanyak RM5,000. Dalam prosiding itu, FELDA diwakili peguam Nor Emelia Mohd Iszeham.

Pada 20 Julai 2009, FELDA telah memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud FELDA adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

FELDA dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi FELDA bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.

Sementara itu, ahli jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu mengumumkan DAP Selangor menyumbangkan sebanyak RM500 kepada Mazlan dan RM500 daripada dirinya sendiri.

4 thoughts on “AJK PAN Pusat Mazlan Alimin Mungkin Bakal Diisytihar Muflis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s