Allahyarham Nik Aziz Pasti Akan Tolak BERSIH 5 – Setiausaha Agung PAS

AIDCNews -18/10/16 – Jika bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup ketika ini, beliau pasti akan menolak BERSIH 5, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Mungkin kalau Allahyarham Nik Aziz (masih) ada (hidup) sekarang, dia akan kata tidak perlu (BERSIH 5).

“Saya boleh buat andaian itu,” kata Takiyuddin sambil menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November ini.

Takiyuddin turut mengakui PAS pernah menyertai BERSIH 1 yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan BERSIH 2 dan BERSIH 3 sebelum PRU 2013, namun selepas PRU 13 itu PAS membuat keputusan untuk tidak menyertai perhimpunan itu lagi.

“Memang lah dulu kita (PAS) menyertai BERSIH tetapi atas sebab-sebab tertentu kita buat keputusan tidak menyertai BERSIH,” katanya.

Ketika ditanya dakwaan ADUN Salor Datuk Husam Musa yang berkata jika Allahyarham Nik Aziz masih hidup, beliau pasti menyokong BERSIH 5, Takiyuddin menjawab dakwaan itu tidak dapat disahkan.

“Itu terpulang kepada dia lah (Husam) sebab nak dapat pengesahan pun tidak boleh,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s