Azmin Lebih Sokong RUU Alternatif PAN Berbanding Akta 355 ?

AIDCNews -18/10/16 – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat lebih tertarik dengan Rang undang-undang (RUU) persendirian yang bakal diusulkan anggota Parlimen Parti Amanah Negara (PAN) berbanding dengan RUU Akta 355 yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Walaupun mengakui RUU alternatif yang bakal diusulkan oleh anggota Parlimen PAN itu tidak mendapat persetujuan bersama Pakatan Harapan, namun Azmin berharap ia bakal diterima bersama.

“Kami masih belum teliti perincian usul itu tetapi pastinya ia akan dibincangkan dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan.

“Saya berharap kita boleh capai pendirian bersama berkenaan perkara itu,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di pejabat Menteri Besar Selangor hari ini.

Pada 9 Jan lalu, ketika menandatangani perjanjian bersama di antara anggota Pakatan Harapan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menegaskan gabungan PKR, DAP dan PAN itu tidak lagi mempraktikkan konsep ‘setuju untuk tidak bersetuju’ dan mana-mana parti yang melanggar persetujuan bersama akan dipecat.

Dalam kes RUU alternatif PAN itu, Azmin berkata tiada isu dengan langkah PAN itu, walaupun ia dibuat tanpa merujuk komponen pakatan pembangkang yang lain.

“Perbincangan mengenainya masih berjalan. Adakalanya terdapat perkara yang memerlukan parti menetapkan pendirian dan pendirian itu akan dibincangkan dalam Pakatan Harapan.

“Pada saya proses itu sesuatu yang sihat dan kita akan bincang dalam Pakatan,” katanya.

Semalam, Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Abdul Samad memaklumkan partinya bakal mengemukakan usul alternatif yang didakwanya lebih baik daripada usul yang pernah dikemukakan PAS untuk memperkasa Mahkamah Syariah.

Khalid berkata usul mereka lebih menyeluruh berbanding usul Presiden PAS yang didakwanya kabur dan terbuka kepada salah tafsir.

“Semua orang akan dapati usul kami senang untuk difahami dan diterima… Jelas usul kami dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

“Kita bercakap soal memperkasakan Mahkamah Syariah bukan hanya dengan mempertingkatkan hukuman, tetapi juga keberkesanan.

“Ia lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita.

Usul PAN itu antaranya mencadangkan pembentukan sebuah majlis merangkumi pakar agama dan undang-undang bagi membincangkan kaedah terbaik memperkasa Mahkamah Syariah.

Usul itu diserahkan minggu lalu oleh Anggota Parlimen PAN Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan sepatutnya dimasukkan dalam kertas aturan Parlimen minggu depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s