Nik Abduh Selar Husam Guna Nama Bapanya Sokong BERSIH 5

KOTA BHARU – Nik Abduh Nik Abdul Aziz menyelar mereka yang menggunakan nama Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menarik sokongan ahli Pas supaya menyertai himpunan Bersih 5.

Ketua Pemuda Pas itu berkata, arahan yang dikeluarkan oleh ayahnya untuk menyokong himpunan Bersih ketika itu dibuat atas kapasiti sebagai Mursyidul Am Pas.

“Itu arahan parti masa itu, bukan arahan peribadi Allahyarham. Mursyidul Am yang memutuskan sesuatu atas sifatnya sebagai ketua majlis syura ulama,”

“Kalau nak pakai arahan yang boleh berubah sifatnya itu dari orang yang dah mati, itu perangai penyembah kubur namanya, ”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa yang menyatakan ahli Pas wajib menyertai Bersih kerana ia adalah pesanan daripada Allahyarham Nik Aziz.

Pas sebelum ini menyatakan tidak akan menyertai Bersih kerana tidak bersetuju atas beberapa perkara yang tidak selari dengan Pas.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pas Mas melahirkan kesal dengan mereka yang tidak pula mahu mengikut amanah Allahyarham yang bersifat peribadi seperti Istiqamah dalam perjuangan.

“Arahan yang pasti bersifat peribadi yang tidak berubah iaitu Tok Guru istiqamah dengan perjuangan Islam dan jangan menentang, kenapa ini tidak ikut?” soalnya – SH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s