Kit Siang Mahu Jadikan Malaysia Negara Republik Seperti Indonesia Berpaksikan Pancasila ?

AIDCNews -19/10/16 –Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah menjadikan Republik Indonesia sebagai sebuah model yang perlu dicontohi oleh Malaysia, di mana dakwanya semua rakyat republik itu menerima prinsip Pancasila, sedangkan negara bukan republik Malaysia, prinsip Rukun Negara tidak diterima oleh segelintir rakyat..

“Macam di Indonesia di mana Pancasila diterima oleh semua pihak sebagai satu asas untuk membina negara.

“Apabila kita (DAP) berkunjung ke Indonesia baru-baru ini, sarjana-sarjana, pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Islam dengan terang berkata bahawa Negara Islam tidak sesuai untuk suatu masyarakat majmuk.

“Tetapi di Malaysia, ada di kalangan Ahli Parlimen yang tidak terima rukun negara,”kata Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat pada Isnin.

Namun, dakwaan Kit Siang itu dibidas oleh wakil BN yang bertanya siapakah Ahli Parlimen yang menolak Rukun Negara itu, adakah Ahli Parlimen Gelang Patah sendiri ?

Pada Isnin, AIDCNews mendedahkan delegasi DAP yang diketuai Kit Siang dan ditemani Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP), Zairil Khir Johari (Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan) dan Steven Sim Chee Keong (Pengarah Pendidikan Politik DAP Pulau Pinang) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Indonesia untuk mengimport strategi tertentu dari negara republik itu.

“Delegasi DAP yang diketuai penasihat parti itu Lim Kit Siang selama empat hari pada bulan lepas telah menemui pelbagai tokoh Islam demokrasi yang diklasifikasikan sebagai penganut Islam Liberal.

“Mereka yang ditemui adalah Haji Yahya Cholil Staquf (bekas jurucakap mantan presiden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur, Nahdatul Ulama), Ahmad Syafi’i Maarif, Goenawan Mohamad, Ulil Abshar-Abdalla, Jalaluddin Rahmat, Irfan Abu Bakar dan lain-lain.”

Selanjutnya, sila baca “Berjayakah DAP Bawa Ideologi Islam Demokrasi Indonesia Ke Malaysia ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s