Selepas Terima Surat dari UM, Semakin Terserlah Dalang Anis Syafiqah

anis-syafiqahAIDCNews -19/10/16 –Selepas Anis Syafiqah Md Yusof, pelajar Fakulti Bahasa dan Lingustik menerima surat tunjuk sebab daripada Universiti Malaya semakin terserlah siapa dalang penganjuran perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Sebaik sahaja Anis Syafiqah menerima surat tunjuk sebab bertarikh 12 Oktober daripada bahagian Hal Ehwal pelajar Universiti Malaya, Pemuda Sosialis DAP pusat (DAPSY) segera menyelar universiti berkenaan.

Ketua DAPSY, Wong Kah Woh menggesa Universiti Malaya menarik balik surat tunjuk sebab itu yang disifatkannya sebagai telah menggugat kebebasan mahasiswa.

“Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.

“DAPSY dengan ini mengesa supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik Universiti Malaya, serta menarik-balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan,” katanya sepertimana dilapor Malaysiakini.

Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.

“Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.

“Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif,” katanya lagi.

Serentak dengan kenyataan Wong, organ DAP, Roketkini turut gesaan yang sama daripada Alumni Sekolah Demokrasi.

“Kami Alumni Sekolah Demokrasi dengan sekeras-kerasnya menolak tuduhan yang mengatakan ia merosakkan atau memudaratkan nama universiti.

“Anis dan rakan-rakan sebaliknya telah menjadi teladan dan ikon kepada masyarakat atas keberanian beliau meminta agar pihak berkuasa menangkap dalang yang telah memalukan imej negara di mata dunia,” jelas organ DAP itu.

Alumni Sekolah Demokrasi adalah merupakan himpunan bekas ‘pelajar-pelajar’ yang telah direkrut oleh DAP melalui satu program ‘brainwash’ yang dinamakan Sekolah Demokrasi.

Memahami lanjut tentang Sekolah Demokrasi, sila baca “Bahaya Sekolah Demokrasi Tajaan DAP“, “Sekolah Demokrasi Jayakan Misi 30 Peratus Melayu Masuk DAP ?“, “Buku Himpunan Anak Muda Melayu Penganut Sosialis Komunis DAP” dan “Identiti Individu Yang Hina Tunku Mahkota Johor Didedah“.

Anis Syafiqah merupakan salah seorang alumni ‘sekolah’ tajaan DAP itu.

Dalam kenyataan pembelaan itu, Alumni Sekolah Demokrasi itu berkata, Anis Syafiqah berhak untuk melibatkan diri dalam apa jua perhimpunan aman kerana hak itu dijamin di dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan beliau (Anis Syafiqah) menganjurkan demonstrasi Tangkap MO1 bukan saja tidak bertentangan dengan Perlembagaan malah menjunjung semangat dan nilai yang diangkat Perlembagaan Malaysia,” tegas alumni ‘sekolah’ DAP itu.

anis-dapPada 1 September lalu, bekas Ketua DAPSY, Teo Kok Seong telah menafikan mengenali dalang perhimpunan #TangkapMO1 meskipun dia salah seorang daripada 9 individu yang disiasat polis berkaitan dengan perhimpunan haram tersebut.

“Saya secara peribadi tidak mengetahui siapa sebenarnya pihak penganjur tapi pada hari ini saya dipanggil.

“Ini telah buka peluang pada saya untuk mengenali anak-anak muda yang mempunyai hasrat dan wawasan yang sama untuk kita sama-sama menyuarakan harapan kita kepada negara,” katanya.

Teo merupakan Ahli Parlimen DAP Rasah dan mentor kepada Ketua DAPSY sekarang, Wong.

“Apa yang saya nak kata ialah, bagi saya pada hari tersebut anak-anak saya, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik dan membanggakan kita semua.

“Cuba bayangkan anak muda kita telah menganjurkan perhimpunan yang betul-betul aman, kecekapan dan kemampuan mereka,” katanya lagi.

kaldai

Kira-kira 17 hari sebelum perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo itu, Ketua DAPSY, Wong menyeru semua akar umbi DAPSY turun beramai-ramai menjayakan perhimpunan haram tersebut.

“DAPSY menggerakkan kesemua bahagian-bahagian dan anggota-anggotanya turun di ibu kota pada 27 Ogos nanti bagi menyokong himpunan #tangkapMO1 dan berhimpun secara aman untuk mendesak supaya MO1 dan mana-mana pihak yang terlibat dalam 1MDB dihadapkan ke muka pengadilan,”kata Wong yang juga ADUN DAP Canning.

Bagaimanapun Wong tidak hadir semasa perhimpunan itu dijalankan, namun tempatnya itu telah diganti oleh mentornya, bekas Ketua DAPSY, Teo.

Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo
Ketua DAPSY, Wong (bertanda bulat) bersama mentornya, Teo

dapsy-kit

meeting-dapsy

2 thoughts on “Selepas Terima Surat dari UM, Semakin Terserlah Dalang Anis Syafiqah

  1. DAP will show their sympathy for this girl but only for a while. If the girl is expelled from the university, she will be just like any other drop-outs DAP can do nothing about. See how subtle DAP does their job to kill Malay Muslims? Talk abut Lim Guan Eng allocating budgets for Islamic education in Penang. I say it is all a heap of bull shit and to cover wool over the eyes of some stupid Malay Muslims of Penang and Malaysia.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s