DAP Anti-Melayu Dan Islam Sudah Bermula Sejak PRU 1969

Mynewshub.cc – SIKAP anti-Melayu terutama menentang kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, serta Keistimewaan Melayu sebagai Bumiputera yang tertera dalam Perkara 153 dibangkitkan secara terbuka sejak kempen PRU 1969.

Selain itu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan ditentang dan dicabar oleh parti totok Cina ditempikkan serentak sejak kempen PRU 1969 yang mencetuskan titik bermulanya krisis perkauman di negara ini.

Ketika kempen Pilihan Raya 1969, parti pembangkang Cina diketuai DAP sudah menampakkan kesungguhan untuk mencabar Perlembgaan Persekutuan.

Parti totok Cina yakin isu anti Melayu dan Islam mendapat sokongan kaum Cina berdasarkan kejayaan menafikan majoriti dua pertiga kepada Kerajaan Perikatan pimpinan UMNO pada PRU ke-4 itu.

Cuma ia senyap sebentar kerana isu itu mencetuskan insiden 13 Mei 1969. Kemenangan ‘menyapu’ bersih tujuh kerusi parlimen Kuala Lumpur menjadi titik tolak terburuk sentimen anti Melayu dan Islam.

Perarakan pada 11 dan 12 Mei 1969, dengan simbol anti Melayu dengan tindakan menggawangkan penyapu serta perbuatan meludah orang Melayu ketika berarak, punca tragedi 13 Mei.

Kini, sejak PRU ke-12 setelah sekali lagi kegagalan BN memperolehi majoriti dua pertiga, sikap anti-Melayu dan Islam dibangkitkan semula.

Ia menjadi landasan parti Cina mencabar apa sahaja kedudukan yang berkaitan dengan Melayu dan Islam dalam perlembagaan.

Timbulnya gerakan hak asasi yang bersembunyi di sebalik identiti liberal Bersih pada 2009, menjadi landasan baharu dalam usaha meneroka gerakan kontemporari bagi menghapuskan nilai Islam dan Melayu dalam Perlembagaan.

Cina bersembunyi di sebalik tuntutan politik dan hak asasi yang dibangkitkan Bersih, manakala parti totok Cina memainkan peranan secara agresif memberikan sokongan politik dan moral kepada Bersih.

Bersih muncul apabila Umno dan rakan BN sekali lagi gagal memperolehi majoriti dua pertiga pada PRU 12 tahun 2008. Gerakan anti Islam dan Melayu diseret ke jalanan oleh gerakan Bersih dan sekutu politiknya.

DAP selaku parti totok Cina memainkan peranan paling mapan. Sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969, suara anti-Melayu dan Islam tidak lagi dinyatakan di jalanan oleh parti totok Cina.

Dalam era orang Melayu sangat sensitif dengan apa sahaja bentuk yang mencabar Islam dan hak Melayu, strategi mengubah Perlembagaan kini bersembunyi di balik isu hak asasi.

Malaysia Akan Jadi Negara Gagal Sudah Dilaungkan Kit Siang Sejak 1969

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s