Jika Rakan Kongsi Politik : Kenapa PKR Tidak Bantu PAS Sampaikan Maklumat RUU355

wan-azizah
Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan menyerahkan memorandum RUU 355 kepada Wan Azizah, 17 Oktober lalu
AIDCNews -20/10/16 –Penjelasan panjang lebar, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (DSWA) berhubung dengan isu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-undang 355 (RUU 355) mengesahkan Parti Keadilan mengetahui isi kandungan RUU dan menyangkal dakwaan tidak mendapat maklumat sebagaimana yang didakwa sebelum ini, kata Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.

“Bagaimana DSWA dan PKR kata tiada maklumat apabila mereka sendiri mengakui sudah diberi maklumat berkenaan sebab pindaan Akta355 ini? Iaitu untuk membatalkan had hukuman yang sedia ada.

“Bukankah DSWA dan PKR adalah rakan kerjasama politik PAS? Kenapa DSWA dan PKR tidak membantu PAS untuk menyampaikan pula maklumat yang sudah diberikan PAS kepada PKR untuk disampaikan pula kepada masyarakat bukan Islam?

“Sudah lupakah DSWA dan PKR berkenaan insiden angkat jari tengah oleh Siti Kasim ketika forum RUU355 baru-baru ini? Bukankah itu sesi penerangan terbuka yang dialu-alukan PAS buat seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk hadir dapatkan maklumat?,”kata Huzir dalam Facebook hari ini.

Huzir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Azizah mewakili PKR berhubung isu RUU 355 yang telah dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

“Pelik juga bila PKR kata RUU 355 yang dikemukakan secara persendirian adalah tanpa perbincangan dan muafakat dengan badan-badan Islam dan ulama lainnya, tanpa maklumat kepada semua termasuk masyarakat bukan Islam.

“Bagaimana PKR boleh tahu yang PAS tidak pernah berbincang dengan badan-badan Islam dan ulamak lainnya? Andakah anda setuju dengan dakwaan DSWA dan PKR itu? lebih-lebih lagi perbincangan dengan badan-badan Islam tertentu dan para mufti telah diwawarkan segelintirnya secara terbuka oleh PAS.

“Apa motif PKR dengan lemparan tuduhan seperti itu?

“Perlukah PAS dapatkan kemuafakatan terlebih dahulu sebagai syarat sebelum dikemukakan cadangan pindaan RUU355 itu? Pernahkah PKR mendapatkan kemuafakatan dari rakan gabungan sebelum melaksanakan Langkah Kajang?,”soalnya lagi.

Jawapan lengkap Wan Azizah berhubung isu berkenaan, sila baca “PKR Tidak Sokong RUU 355 Jika semangat Bercanggah Perlembagaan Persekutuan -Wan Azizah

huzir
huzir1

huzir2

huzir3

huzir4

huzir5

2 thoughts on “Jika Rakan Kongsi Politik : Kenapa PKR Tidak Bantu PAS Sampaikan Maklumat RUU355

  1. Nenek dh tua..kerap lupa…ada gmbr bru bole ingat….tp jgn lupa..ada video pun dia tk terima. .klu jumpa ular, katuk dia dlu bru katuk ular…bapak pembelit cm suami gakkk

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s