PKR Nasihat PAS Contohi Parti An-Nahdhah Di Tunisia

AIDCNews -20/10/16 –PKR menasihati rakan tahaluf siasinya, PAS agar mencontohi Parti An-Nahdhah di Tunisia pimpinan Raschid Gannouchi yang tidak meletakkan pelaksanaan hudud dan pembentukan negara Islam sebagai teras perjuangan walaupun parti itu merupakan sebuah gerakan Islam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perubahan paradigma yang berlaku dalam Parti An-Nahdhah merupakan trend terkini gerakan Islam di seluruh dunia.

“Perkembangan mutakhir di negara-negara Islam yang mempunyai majoriti penduduk Islam seperti Tunisia (90 peratus) harus diteliti.

“Gerakan an-Nahdhah dibawah pimpinan ulama dan tokoh gerakan Islam terkenal, Sheikh Rachid Al-Ghannouchi, menetapkan asas keamanan, demokrasi, pertumbuhan ekonomi dan pembasmian kemiskinan, tata kelola pemerintahan yang baik, menegakkan sistem yang adil sebagai keutamaan.

“Pelaksanaan hudud dan pembentukan negara Islam tidak disenaraikan dalam keutamaan Parti Islam tersebut,”katanya.

Dari kiri; Sheikh Rachid Ghannouchi, Amb. William B. Taylor dan Robin Wright
Dari kiri; Sheikh Rachid Ghannouchi, Amb. William B. Taylor dan Robin Wright

Wan Azizah berkata PKR menyokong perubahan paradigma Parti An-Nahdhah itu kerana ia selari dengan pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusof Al Qardawi.

“Pandangan tersebut selari dengan gagasan fiqh al-awlawiyyah – urutan keutamaan oleh Sheikh al Qaradawi terutama dalam masyarakat majmuk dan pelbagai agama yang beliau ungkapkan sebagai al ta’adduniyat wa ghayr al Muslimin.

“Harus dipupuk terlebih dahulu kefahaman Islam mengenai toleransi, keadilan kepada semua. [Lihat Min Fiqh al Daulah fi al-Islam].

“Fahaman masyarakat Islam sendiri perlu ditingkatkan bagi mengelak salah faham dan keterlanjuran. Masih ramai rakyat yang terbelenggu dengan masalah kemiskinan dan keperitan hidup sementara kadar pengangguran masih tinggi.

“Rasuah kian merebak seperti wabak dan tatakelola amat lemah. Masalah ini juga mendesak dan perlu ditangani bersama oleh semua rakyat, merentas kaum, negeri atau wilayah,”katanya lagi

Kenyataan Wan Azizah di atas adalah sebahagian daripada jawapan PKR berkenaan usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-undang 355 (RUU 355) yang diusulkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Jawapan lengkap Wan Azizah, sila baca “PKR Tidak Sokong RUU 355 Jika semangat Bercanggah Perlembagaan Persekutuan -Wan Azizah

One thought on “PKR Nasihat PAS Contohi Parti An-Nahdhah Di Tunisia

  1. Wan Azizah ni jgn pandai cakap je… suka sangat ambil kredit ulama sana sini… mempergunakan nama orang lain…
    Walaupun saya org Umno, saya menyokong 1000% usaha murni Hj Hadi, teruskan semoga mendapat keredaan Allah SWT.
    Tak perlulah mengambil model negara lain, parti An Nahdhah, Tunisia ni pun bukanya hebat sangat, yakinlah kepada diri sendiri, mulakanlah dari sekarang, didoakan berjaya…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s