Adakah Wan Azizah & PKR Tuduh PAS Sebagai Pelampau Agama, Soal Aktivis PAS

AIDCNews -21/10/16 –Apa motif Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan partinya membangkitkan kenyataan Dr Yusof Al-Qaradawi yang mengecam golongan pelampau agama dalam menjustifikasi pendirian parti Keadilan itu berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Rang Undang-undang 355 (RUU 355), soal Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.

“Apa motif DS Wan Azizah Wan Ismail dan PKR bangkitkan kenyataan Al-Qaradawi yang mengecam golongan pelampau agama yang pantas menghukum dan mengkafirkan sesama Islam serta hubungannya dengan pindaan Akta 355 ini?.

“Tidak pernah pula PAS Pusat mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang cadangan pindaan Akta 355 itu.

“Kenapa Kak Wan dan PKR tak bangkitkan kenyataan Al-Qaradawi terhadap golongan kuffar dan munafik yang sentiasa mahu menyerang dan menghancurkan Syiar Islam?

“Jangan suka petik kenyataan yang anda suka sahaja dari tokoh tertentu seperti yang suka dilakukan Husam PAN sebelum ini.

“Pernah anda dengar teguran PKR dan PAN terhadap golongan pelampau yang mencemuh dan menghukum PAS sebagai Taliban?

“Tak pernah bukan? Berhukum itu biarlah adil wahai Kak Wan serta kena pada tempatnya,” katanya dalam Facebook hari ini.

Huzir Sulaiman membuat kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan rasmi Wan Azizah mewakili PKR berhubung isu RUU 355 yang telah dibentang oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

Jawapan lengkap Wan Azizah berhubung isu berkenaan, sila baca “PKR Tidak Sokong RUU 355 Jika semangat Bercanggah Perlembagaan Persekutuan -Wan Azizah

“Kalau PAS ini pelampau agama, Sheikh Yusuf al Qaradawi takkan ambil Tuan Guru Presiden PAS sebagai Naib Ketuanya.

“Bagaimana Naib Ketua Kesatuan Ulamak Dunia boleh dikatakan gopoh, pelampau dan jumud kerana RUU355 itu,” kata Huzir.

Tambahnya lagi, kenyataan rasmi Wan Azizah selaku Presiden PKR itu juga mewakili pandangan suaminya, Anwar Ibrahim yang merupakan Ketua Umum PKR.

“Kenyataan DS Wan Azizah Wan Ismail berkenaan RUU 355 adalah juga pandangan Dato Seri Anwar Ibrahim.

“Kita tidak kisah jika PKR menolak. Yang kita kisah bila mereka menentang dengan bersungguh-sungguh untuk gagalkan pindaan ke atas Akta 355 itu.

“Menentang untuk gagalkan Akta 355 itu bermakna Tahaluf Siasi secara automatiknya terbatal. Tiada kerjasama politik dengan golongan yang menentang dasar dan matlamat perjuangan PAS,”katanya lagi.

Jika Rakan Kongsi Politik : Kenapa PKR Tidak Bantu PAS Sampaikan Maklumat RUU355

huzir01
huzir02

huzir1

huzir3

huzir4

huzir

huzir2

ruu355

ruu3551

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s