Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

pas1AIDCNews -21/10/16 –Kecuali Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang terikut-ikut dengan budaya politik tidak matang yang dipercayai didalangi oleh Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang keluar dari Dewan Rakyat ketika pembentangan bajet 2017, Ahli Parlimen PAS masih kekal dalam dewan itu mendengar pembentangan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu sampai habis.

“Politik Matang dan Sejahtera menuntut ahli dan pimpinan PAS bertindak secara matang dalam berbeza pandangan.

Bajet 2017 akan dibahas oleh ahli-ahli Parlimen. Sokongan dan bangkangan dizahirkan pada waktu tersebut. Bukannya dengan bertindak keluar dewan sebagai protes.

“Di saat PAS menjadi kerajaan nanti kita juga mengharapkan pembangkang mendengar pembentangan bajet sehingga akhirnya sama ada menyokong atau membangkang.

“Adab dan akhlak perlu menjadi hiasan pemimpin Islam dan pemimpin rakyat,”kata Ahli Parlimen PAS, Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS pusat dalam Facebook sekejab tadi.

Perkara sama turut dikongsi oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh, Nasruddin Hassan.

“PAS mengambil langkah berbeza dengan pihak lain dalam memperlihatkan sikap kita terhadap Bajet dan YAB PM yang membentang bajet pada hari ini.

“Ada perkara yang kita tidak setuju dalam kandungan bajet namun cara kita ialah dengan mengemukakan pandangan dan hujjah bantah secara ilmiah dalam perbahasan. Sebagaimana ada perkara yang baik untuk rakyat dan negara dalam bajet.

“Malah peraturan di Dewan Rakyat ini, jika kita tidak bersetuju pun dengan bajet, kita boleh memilih mengundi untuk menolak dalam sessi pengundian,”katanya yang juga Ketua Penerangan PAS pusat.

Dalam Dewan Rakyat, ketika Perdana Menteri Najib membentangkan bajet 2017, Ahli Parlimen Pembangkang telah membuat provokasi sehingga mengundang campur tangan Speaker dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

“Ini bukan perbahasan bajet, itu minggu depan. Tolong duduk. Kalau tak nak dengar pembentangan bajet, sila keluar dewan,” kata Pandikar.

Turut keluar dewan bersama Kit Siang adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ahli-Ahli Parlimen pembangkang yang lain.

najib

Sebelum keluar dewan, Kit Siang sempat menayangkan sepanduk “Siapa MO1?” ke arah PM Najib yang menggambarkan sudah ada perancangan dari awal lagi untuk mensabotaj pembentangan bajet tersebut.

Ketaksuban Kit Siang dengan ‘Projek MO1’ itu mengesahkan bahawa DAP adalah dalang perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu melalui proksi Anis Syafiqah Md Yusof, alumni Sekolah Demokrasi tajaan DAP.

Selanjutnya, sila baca “Selepas Terima Surat dari UM, Semakin Terserlah Dalang Anis Syafiqah

muh

2 thoughts on “Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s