Najib Bentang Bajet Pro-Perniagaan Untuk Perkukuh Ekonomi

KUALA LUMPUR, – Kerajaan menyediakan rangsang besar untuk pelaburan swasta dan perusahaan kecil dan sederhana menerusi strategi pro-perniagaan dalam Bajet 2017, yang jelas bertujuan meningkatkan keyakinan pelabur dan meamcu ekonomi ke tahap yang lebih tinggi meskipun berhadapan halangan luar.

Menerusi langkah yang menggalakkan permintaan domestik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaburan swasta akan berkembang 8.1 peratus kepada RM230 bilion pada 2017, hasil daripada pelbagai projek infrastruktur yang akan memacu aktiviti permbinaan yang terus rancak yang ditunggu-tunggu kontraktor.

Dalam pembentangan bajet di Dewan Rakyat hari ini, beliau mengumumkan insentif bagi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagi pusat kewangan Islam, memperkasa usahawan Bumiputra dan memajukan lagi lima koridor ekonomi negara.

Najib yang juga Menteri Kewangan, memperutukkan RM50 juta untuk penyelidikan saintifik bagi meningkatkan kualiti produk minyak sawit dan RM30 juta untuk penanaman semula, meletakkan kedudukan tanaman emas itu sebagai komoditi utama eksport.

Dalam menyediakan persekitaran mesra perniagaan, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa penyedia perkhidmatan jalur lebar, akan menawarkan kelajuan jalir lebar yang lebih pantas pada harga yang sama, sekali gus memudahkan perdagangan antarabangsa dan menggalakkan inovasi berasaskan Internet.

Dalam memastikan momentum ekonomi terus berkembang dan merangsang pelaburan swasta, Najib mencadangkan projek infrastruktur bernilai berbilion ringgit meliputi semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Antara projek infrastrutur utama ialah menaik taraf Jalan Lok Kawi – Penglat – Papar, Sabah; Jalan Kampung Keruak – Gua Musang – Kuala Berang; pembinaan Jambatan Batang Lupar, Sri Aman; dan pembinaan semula Projek Stesen Jana Kuasa Sandakan.

Beliau juga mengumumkan bahawa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang menyelamatkan kerajaan ekoran kejatuhan harga minyak mentah, berjaya mengumpul RM30 bilion sehingga 19 Okt, 2016.

Najib juga berkata sejumlah RM2.1 bilion akan diperuntukkan untuk pembangunan infrastruktur dan sosial ekonomi di lima koridor utama iaitu Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan diperuntukkan RM522 juta, dengan penekanan diberikan ke atas aktiviti kimia, elektrik dan elektronik serta R&D.

Bajet bertema ‘Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif Mensejahtera Kehidupan Rayat Seluruh, berjumlah RM260.8 bilion, meningkat 3.4 peratus berbanding Bajet 2016 diubah suai.

Pembentangan ini adalah bajet kelapan Najib di Dewan Rakyat sejak menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Daripada keseluruhan peruntukan, RM46 bilion disediakan untuk perbelanjaan pembangunan, yang tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

“Kutipan hasil pada 2017 dijangka meningkat tiga peratus kepada RM219.7 bilion. “Kerajaan dijangka mencapai sasaran defisit fiskal tiga peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017, berbanding 3.1 peratus tahun ini,” katanya.

Bajet juga menumpukan kepada pengurusan kewangan berhemat untuk mengurangkan defisit fiskal dan mengekalkan kedudukan global Malaysia dalam kalangan agensi penarafan kredit antarabangsa.

“Fitch memberi penafaran ‘A-‘ kepada Malaysia berbanding Filipina (BBB-), Thailand (BBB+) dan Vietnam (BB-).

“Penarafan kita sama dengan ekonomi maju dan lebih besar seperti Korea Selatan (AA-), China (A+), Taiwan (A+), Jepun (A),” katanya.

Najib juga menyediakan dana mencukupi untuk mengukuhkan lagi daya tahan ekonomi dan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan keadaan luaran yang tidak menentu.

Kerajaan, katanya, juga menaik taraf prasarana di kawasan luar bandar menerusi pelbagai langkah termasuk pelaksanaan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur baharu yang menghubungkan Lembah Klang ke Pantai Timur, secara berperingkat.

Laluan kereta api sejauh 600 kilometer itu menghubungkan bandar-bandar seperti Pelabuhan Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat, dengan anggaran kos sebanyak RM55 bilion.

Kerajaan juga akan mempercepatkan pelaksanaan Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, yang bukan sahaja akan membantu komunikasi tetapi juga membuka peluang ekonomi dan aktiviti.

Sejumlah RM100 juta diperuntukkan untuk membaik pulih landasan kereta api Pantai Timur jajaran Gua Musang-Tumpat yang mengalami kerosakan akibat banjir pada tahun lepas.

Dalam usaha meningkatkan kekerapan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bagi laluan Johor Bahru hingga Padang Besar, kerajaan mengusulkan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.

Bagi mencergaskan pasaran modal domestik, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan memperuntukkan dana khas sehingga RM3 bilion kepada pengurus dana berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti untuk melabur dalam syarikat bermodal kecil dan sederhana berpotensi.

Sebagai tambahan, Institut Penyelidikan Pasaran Modal akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM75 juta, disediakan melalui Dana Pembangunan Pasaran Modal.

Kerajaan turut mengusulkan sejumlah RM130 juta melalui Tabung Promosi Eksport Negara untuk program penggalakkan eksport perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan SME Corp.

EXIM Bank akan menyediakan pembiayaan berjumlah RM200 juta dan kemudahan kredit insurans dengan nilai perlindungan sehingga RM1 bilion kepada PKS.

Sejumlah RM286 juta disediakan untuk meningkatkan pengeluaran komoditi eksport sawit, getah, koko dan lada – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s