PAN Cuba Rosakkan Idea Usul RUU 355 – Nik Abduh

AIDCNews -21/10/16 – PAN bukan sekadar mahu mensabotaj malah mahu merosakkan idea Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 yang bakal dibentang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

“Lahirnya usul alternatif mereka, daripada PAS buat, maknanya kalau PAS tidak buat, mereka tidak ke mana, kosong.

“Tiba-tiba mereka nak kata mereka punya lebih baik, ikut mereka lah, itu memang PAN (Amanah).

“Maknanya apa yang kita buat lahir dairipada perjuangan lama kita akhirnya sampai ke Parlimen? Mereka bukan mencuri idea tetapi merosakkan idea,” kata Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas kepada pemberita ketika ditemui di lobi parlimen semalam.

Nik Abduh berkata demikian sebagai merujuk usaha yang dilakukan PAN melalui Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang menyerahkan usul alternatif di Dewan Rakyat minggu lalu.

Pimpinan PAN sebelum ini mendakwa usul yang dikemukan parti mereka lebih menyeluruh berbanding RUU 355 yang bakal dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi.

Dakwa PAN, RUU 355 lebih menekankan soal hukuman sedangkan usul alternatif mereka adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah yang didakwanya memerlukan aspek keseluruhan dan lebih komprehensif.

akta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s