Tuduhan ‘Itu Yang Jahat’ Gamatkan Dewan Rakyat

AIDCNews -21/10/16 –Tindakan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok melabel Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya telah mengamatkan Dewan Rakyat semalam.

Kejadian berlaku ketika Kok sedang mengkritik kerajaan persekutuan yang didakwanya tidak berunding dengan kerajaan negeri dalam melaksanakan projek-projek pembangunan seperti projek keretapi berkelajuan tinggi.

Tuduhan itu membuatkan Ahli Parlimen BN-Simpang Renggam, Liang Teck Meng mencelah dengan berkata apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu melaksanakan projek Terowong Dasar Laut, projek itu dilaksanakan secara sendiri tanpa memaklumkan kepada Kerajaan persekutuan.

Kok berkata Teck Meng tidak layak bertanya soalan itu kerana bukan berasal dari Pulau Pinang.

Lantas, Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Pulau Pinang Shabudin tampil untuk mengulas isu projek terowong dasar lau itu.

“Ini yang jahat itu,” kata Kok

“Siapa jahat ? Buktikan saya jahat. Tarik balik tuduhan,”bidas Shabudin.

Isu tuduhan jahat menyebabkan keadaan dewan rakyat gamat seketika.

Dipercayai Kok menuduh Shabudin ‘jahat’ kerana telah membangkitkan isu penyelewengan Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hingga Setiausaha Agung DAP itu kini sedang berhadapan 2 tuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah.

Pada 16 Mac lalu, Shabudin mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa Guan Eng terlibat dengan penyelewengan apabila membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s