AMK Desak PKR Putuskan Hubungan Dengan PAS ?

zainolAIDCNews -21/10/16 – Berdasarkan perkembangan terkini, Hanisya Abdul Hamid yang lebih dikenali blogger Omak Kau memberitahu terdapat usaha daripada pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk mendesak pimpinan PKR agar memutuskan hubungan politik dengan PAS.

“Omak dapat info menyatakan dalam waktu terdekat ini suatu rombongan AMK Selangor diketuai Ketua AMK Cabang Gombak Sdr Zainol Abidin Mohamed akan ke Ibu Pejabat PKR Tropicana desak agar PKR putuskan hubungan dengan PAS dalam kadar segera.

“Sebagai permulaan akan keseriusan dan kesungguhan desakan ini, AMK Cabang Gombak yang dikepalainya akan memutuskan hubungan dengan PAS Kawasan Gombak.

“Mohon penjernihan demi kebenaran akan info ini,” dedah Omak dalam Facebook hari ini.

Zainol Abidin (bertanda bulat gambar di atas), selain Ketua AMK Cabang Gombak juga merupakan Naib Pengerusi AMK Selangor.

Cabang Gombak dianggap kubu terkuat PKR kerana Ahli Parlimennya adalah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.

Azmin juga merupakan Ketua Cabang PKR Gombak yang juga merupakan Menteri Besar Selangor.

Selain itu, ADUN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves, Amiruddin Shari merupakan Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak.

Dalam masa sama, Azmin melantik Amiruddin sebagai Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Kerajaan Negeri Selangor.

Dua lagi DUN yang terletak di bawah Parlimen Gombak adalah DUN Gombak Setia, YB Ust. Hasbullah Ridzwan dari PAS dan DUN Hulu Kelang YB Saari Sungip dari PAN.

Namun kedua-dua ADUN itu sama ada dari PAS atau PAN tidak dilantik menganggotai jawatan Exco dalam kerajaan negeri.

Berdasarkan kedudukan Parlimen Gombak yang dianggap kubu terkuat PKR itu, maka tidak hairan apabila Chegubard (Badrul Hisham Saharin), ahli PKR seumur hidup yang dipecat dan Jeneral M menamakan Zainol Abidin Ketua AMK Cabang Gombak yang paling kaya.

zai

zai1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s