Ibrahim Ali Akui Dipancing Jawatan Penting Sertai Parti Politik

ibrahimAIDCNews -21/10/16 – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali mengakui telah dipancing dengan satu jawatan penting untuk menyertai sebuah parti politik.

Kata Ibrahim, namun tawaran itu ditolak kerana prinsip perjuangannya tidak selaras dengan PERKASA yang ditubuh bagi membela untung nasib agama, bangsa dan negara.

Beliau dilaporkan berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Khas Tahunan PERKASA Parlimen Kelana Jaya hari ini.

Walaupun Ibrahim tidak menamakan parti politik berkenaan, namun dipercayai ia merujuk kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).


AIDCNews, 27 Sept mendedahkan Ibrahim mungkin akan dilantik sebagai Timbalan Presiden PPBM untuk mengukuhkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti itu, sekaligus mengimbangi pengaruh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang dikatakan tidak berpihak kepada Muhyiddin.

Namun, tiga hari selepas itu, Khairuddin segera mencantas spekulasi itu dengan mencadangkan nama Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengisi jawatan Timbalan Presiden PPBM.

Mukriz ketika ini merupakan Naib Presiden PPBM, manakala jawatan Timbalan Presiden parti itu masih belum diisi.

Ibrahim ketika diwawancara pada 13 Okt lalu membayangkan buat masa kini beliau masih belum membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

“Saya tak kisah, saya tak kesal sedikit pun, malah saya bangga kerana sehingga kini tiada parti yang serasi dengan saya. Saya tidak sanggup gadai prinsip (bela Melayu Islam Bumiputera) saya yang saya pegang selama ini.

“Saya tetap dengan prinsip ini, tiada dayung, dengan lidi saya kayuh kerana saya tidak akan berkompromi dengan matlamat menghalalkan cara,” tegasnya dalam wawancara bersama Malaysiakini dan FMT di Ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur.

Katanya, sukar untuk beliau menyertai PPBM kerana parti itu telah menjalinkan kerjasama dengan PKR dan DAP yang dipelopori oleh pemikiran Anwar Ibrahim, setiausaha agung, DAP Lim Guang Eng dan penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tambahnya, beliau sendiri tidak menggemari sosok seperti Anwar, Guang Eng dan Kit Siang menyebabkan beliau tidak memilih untuk bersama PPBM.

“Bagi orang lain saya tak menguntungkan. Ambil Ibrahim Ali hilang undi Cina, bila ambil Ibrahim Ali ada parti yang tidak suka.

“Seperti PKR, de factor parti itu adalah Anwar, mungkin Anwar tak suka saya tapi saya jelas tidak menyukai Anwar (ia) sama juga seperti saya tidak suka DAP dan PKR kerjasama dengan BERSATU,” katanya.

Ibrahim berkata beliau tidak berkecil hati dengan rakan-rakan politiknya termasuk dengan pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bila BERSATU ambil saya hanya akan menyusahkan BERSATU sebab ambil hati Kit Siang, Guang Eng lebih penting dari ambil hati Ibrahim Ali, sebab Ibrahim Ali Melayu, sebab Ibrahim Ali tak boleh bagi undi.

“(Tapi) saya tak kecil hati dengan kawan-kawan yang tinggal saya, sokong saya, mengata belakang saya, yang saya takut Allah yang kecil hati dengan saya,” tambahnya.

Bagaimanapun, Ibrahim berkata beliau tidak menolak sepenuhnya PPBM dan akan melihat perkembangan seterusnya parti tersebut.

“Saya kata kalau saya sertai mana-mana parti politik dan pegang jawatan dalam parti politik, saya akan melepas jawatan presiden PERKASA.

“Oleh kerana BERSATU parti baru, jadi saya nak tengok dulu apakah parti ini sesuai dengan jiwa perjuangan saya yang berteraskan Islam dan Melayu.

“Saya juga nak lihat langkah politik mereka walaupun saya menghormati Tun Mahathir dan anggap beliau negarawan terbilang tapi pada masa yang sama saya perlu melihat kemana fokus parti ini,” katanya lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s