Jika PH Tawan Putrajaya, Hampir 900 Ribu Kakitangan Kerajaan Bakal Dibuang ?

AIDCNews -21/10/16 –Jika Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), benarkah hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang, soal Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman.

“Cadangan dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang. Kalau DAP dan PH perintah Putrajaya, agaknya hampir 900 ribu kakitangan kerajaan akan dibuang?

“Sama-sama kita fikirkan,”katanya dalam Facebook hari ini.

Huzir berkata demikian sebagai mengulas laporan FMT berkenaan cadangan badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute berkaitan dengan reformasi sektor perkhidmatan awam.

Lapor FMT, badan pemikir DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

“Selain itu ia juga melepaskan bakat dan sumber manusia dalam kerajaan ke sektor swasta,” kata Penang Institute.

Menjawab pembentangan Bajet 2017, badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Kenyataan daripada unit ekonominya mengakui kemungkinan penurunan belanjawan defisit yang kecil dalam belanjawan kali ini berbanding angka tahun lalu.

Bagaimanapun ia berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

“Semua ini secara terkumpul 51% daripada jumlah keseluruhan belanjawan mengurus atau 42% daripada keseluruhan belanjawan,” katanya.

Menjelaskan keberkesanan perkhidmatan awam yang dimaksudkan, Penang Institute mengambil contoh penjawat awam Singapura cuma 1.4% daripada penduduk negara pulau itu.

Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini.

Menurut badan pemikir itu lagi, Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

“Menggunakan nisbah KDNK kepada penjawat awam seperti di Jerman, ini bermakna Malaysia, yang mempunyai KDNK AS$375 bilion, hanya perlukan 430,000 penjawat awam,” katanya.

akhabr
akhcina

dap-buang-pekerja-melayu

2 thoughts on “Jika PH Tawan Putrajaya, Hampir 900 Ribu Kakitangan Kerajaan Bakal Dibuang ?

  1. D putra jaya ramai yg anti kerajaan. Harapkan buang la pembangkang yg duduk menkomplain sepjgan. Mmg nak akhir zaman tidak ramai bersyukur…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s