Zuraida Nafi PKR Sabah Sudah Lumpuh

pkrAIDCNews -21/10/16 –Walaupun Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin bersama 11 Ketua Wanita Cabang di negeri itu, namun ia tidak menjejaskan kekuatan parti itu di negeri berkenaan, kata Ketua Wanita PKR pusat, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata beliau telah menghantar timbalannya, Haniza Mohamed Talha untuk berjumpa dengan wanita-wanita PKR yang masih aktif di Sabah.

“Wanita KEADILAN (PKR) Sabah masih lagi mantap. Yang keluar itu ketua-ketua yang tidak ada fungsi, tak aktif dan tak jalankan tugas sebagai wanita cabang di peringkat cabang.

“Mereka seperti tidak buat mesyuarat, tidak hadir mesyuarat di peringkat negeri, tak buat aktiviti dan tak ikut panduan wanita pusat,” kata Zuraida dalam satu kenyataan media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.

Pada 2 Okt lalu, Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin mengumumkan keluar parti untuk bersama parti baharu yang lebih bersifat tempatan.

Ikut keluar parti bersama Lajim ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog, Terence Siambun yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah; Datuk Maijol Mahap, Setiausaha Agung PKR Sabah dan Johair Matlani, Ketua Wanita PKR Sabah.

Dalam sidang media hari ini, Zuraida mengumumkan Puan Rahimah Majid, Ketua Cabang PKR Kudat dilantik sebagai Ketua Wanita PKR Sabah yang baharu.

ratu-naga-1

Dalam pada itu, Zuraida juga turut menerima borang permohonan menjadi ahli PKR daripada Ratu Naga atau nama sebenarnya Syarul Ema Rena Abu Samah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s