CUEPACS Selar Badan Pemikir DAP Cadang Kurangkan Penjawat Awam

PETALING JAYA : Datuk Azih Muda mempertikaikan siapa sebenarnya Penang Institute yang sewenangnya mencadangkan supaya jumlah penjawat awam dikurangkan dengan tujuan menurunkan defisit belanjawan negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) itu berkata kesatuan tidak bersetuju langsung dengan cadangan berkenaan dan menganggap kenyataan badan pemikir kerajaan Pulau Pinang itu “tidak boleh pakai”.

“Dia tak berpijak di bumi yang nyata. Dia pandai bercakap sahaja, dari segi perlaksanaan tak tahu. Bagaimana rakyat nak perkhidmatan kerajaan. Dia lihat dari segi ekonomi, tidak tak melihat dari segi perkhidmatan.

“Kita yang berkhidmat bekerja di bawah untuk rakyat. Rakyat kadang-kadang menunggu untuk dapatkan perkhidmatan daripada kerajaan. Kita hendak beritahu, dia badan pemikir siapa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penang Institute yang menggesa kerajaan mereformasi dan mengecilkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Selain itu, katanya tindakan itu juga boleh melepaskan bakat dan sumber manusia ke sektor swasta dan menerusi Bajet 2017 juga Penang Institute berpendapat terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam.

Azih berkata Penang Institute tidak mempunyai kapasiti untuk mengemukakan cadangan seperti itu.

“Adakah dia fikir untuk mengisi perjawatan dalam kerajaan ini cukup dengan struktur organisasi, perlu ada justifikasi, ada kewangan, ada matlamat, ada kementerian, ada jabatan,” katanya –FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s