Impian DAP Tawan Johor PRU 14

liewAIDCNews -24/10/16 –Impian DAP pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) adalah menawan Kerajaan Negeri Johor, kata Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong.

“Sasaran kami adalah untuk memenangi Johor dengan lebih daripada 29 kerusi. Kami akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan lain-lain.

“Tetapi kita perlu datang dengan idea-idea yang baik untuk meyakinkan pengundi untuk memberi kita peluang, ” kata Liew yang juga Ahli Parlimen Kluang kepada pemberita selepas menghadiri konvensyen DAP Johor semalam.

Pada PRU 13, DAP memenangi 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), PAS (4 kerusi) dan PKR (1 kerusi) daripada 56 kerusi DUN di Johor.

13 kerusi DUN yang dimenangi DAP adalah Jementah (Tan Chen Choon), Bekok (Lim Eng Guan), Tangkak (Ee Chin Li), Bentayan (Chua Wee Beng), Yong Peng (Chew Peck Choo), Penggaram (Gan Peck Cheng), Mengkibol (Tan Hong Pin), Johor Jaya (Liow Cai Tung), Stulang (Chen Kah Eng), Pengkalan Rinting (Cheo Yee How), Skudai (Dr.Boo Cheng Hau), Senai (Wong Shu Qi) dan Pekan Nanas (Yeo Tung Siong)

4 kerusi PAS adalah Puteri Wangsa (Abdullah Hussin), Maharani (Mohammad Taslim), Sungai Abong (Sheikh Ibrahim Salleh) dan Parit Yaani (Aminolhuda Hassan).

Bagaimanapun Aminolhuda kemudiannya keluar parti selepas PAN ditubuhkan.

PKR pula hanya menang satu kerusi iaitu DUN Bukit Batu (Jimmy Puah Wee Tse)

BN juga kehilangan satu kerusi ADUN Jorak, Sharuddin Md Salleh keluar parti untuk bersama parti baharu, PPBM.

Kedudukan terkini DUN Johor; BN (37), DAP (13), PAS (3), PKR (1) PAN (1) dan PPBM (1).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s