Pandikar Tahu Lebih Awal Plot Pembangkang Mahu Keluar Dewan

Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang sedang menunjukkan poster 'siapa MO1' ke arah Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak sebelum bertindak keluar dewan
Ahli Parlimen DAP Gelang Patah, Lim Kit Siang sedang menunjukkan poster ‘siapa MO1’ ke arah Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak sebelum bertindak keluar dewan

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau mengetahui lebih awal plot pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lepas.

Katanya beliau mendengar ura-ura tindakan itu sehari sebelum pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Anggota Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana bersifat subjudis selepas sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tindakan keluar dewan berlaku selepas Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) membangkitkan sama ada isu DoJ boleh dibincangkan pada sesi perbahasan.

Pandikar berkata beliau sudah membuat keputusan mengenai perkara itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa ia tidak boleh dibincangkan kerana subjudis.

“Jangan main dengan saya kerana apabila saya ambil tindakan saya serius dengan tindakan saya…apabila saya duduk di sini, yakinlah Yang Berhormat, saya akan lakukan yang terbaik untuk semua orang, tetapi jangan sampai saya diheret dalam strategi politik,” katanya.

Pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu dicemari tindakan Anggota Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat. – BERNAMA

Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s