DAP Ibaratkan Bajet Untuk Penjawat Awam Seperti Pikul Biawak Hidup

tony-puaAIDCNews -25/10/16 –Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mengibaratkan perbelanjaan yang tinggi dalam Bajet 2017 terhadap kumpulan penjawat awam seumpama kerajaan sedang memikul biawak hidup.

“Katakanlah, jika anda mahu untuk memberhentikan lima peratus daripada kakitangan awam, selebihnya 95 peratus tidak akan bekerjasama dengan anda, dan ia (pemotongan itu) tidak akan menjadi satu langkah yang realistik.

“Kami memanggilnya beban muatan, yang anda perlu menanggung,” kata Pua pada forum dalam bahasa Mandarin bertajuk “Menganalisa Bajet 2017” di Kuala Lumpur dan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, semalam, lapor Lim Sian See.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Pua secara sinis mencadangkan agar penjawat awam diberii gaji tanpa perlu bekerja.

“Di sesetengah negara asing, penjawat awam seperti itu mengambil gaji mereka, tetapi berada di rumah, bukannya ke pejabat. Ini kerana mereka mungkin menyebabkan perbelanjaan bertambah daripada segi pengangkutan dan masa yang dihabiskan di pejabat.

“Membenarkan mereka untuk mengambil gaji tanpa kerja adalah lebih baik daripada mereka yang bekerja dan membebankan kerajaan,” sindir Pua.

Pua yang dianggap salah seorang pemikir genius DAP itu dilihat konsisten dalam usahanya menyerang dan melemahkan sektor perkhidmatan awam.

Pada tahun 2011, Pua dilaporkan Sinchew Daily News berkata jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memerintah Putajaya, DAP akan akan mengemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam secara berperingkat-peringkat setiap tahun.

Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, sebab itu pelaksanaan projek itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk mengurangkan kemarahan dan bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Tambahnya, bagi kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat mengurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan.

Pemikir DAP itu berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang dianjurkan oleh pemuda DAP negeri Johor.

Seminar itu turut dihadiri oleh seorang lagi pemikir DAP, Teo Nie Ching, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

One thought on “DAP Ibaratkan Bajet Untuk Penjawat Awam Seperti Pikul Biawak Hidup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s