Kit Siang Melenting Ditanya Siapa Dalang Arah Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Rakyat

kit-tunjuk
AIDCNews -25/10/16 –Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang kelihatan melenting dan menuding jari ke arah wartawan ketika ditanya plot keluar dari Dewan Rakyat pada Jumaat lalu semasa pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya sudah dirancang awal oleh pembangkang.

“Semua pemberita mesti menyampaikan ‘kemarahan’ dalam isu ini…”kata Kit Siang ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.

“Anda orang Malaysia bukan? Anda mahu ditadbir oleh ‘PPP’, iaitu pencuri, perompak dan penyamun? Semua orang tidak mahu. Jadi semua ahli parlimen berang dengan isu ini,” kata Kit Siang lagi.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata demikian susulan asakan wartawan berkenaan plot pembangkang mahu keluar dewan sudah dapat dihidu sejak dari awal lagi.

bajet1-pendikar

Semalam, Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan PPBM keluar dewan merupakan strategi yang makan tuan.

“Kami diselar keluar (Dewan Rakyat) tetapi hari ini, Menteri Kewangan tidak hadir pun dengar hujah balas kami,”katanya.

Namun, strategi Wan Azizah menagih simpati dengan membangkitkan ketidakhadiran Najib juga gagal mendapat sambutan positif di kalangan netizen.

Time Najib datang korang pakat-pakat lari kot pintu belakang, bila Najib takde korang bikin spekulasi?

“Yang tak tahannya rancangan nak lari dibuat terlebih awal planningnya, bersengkang mata berjaga malam menyiapkan playkad untuk diangkat, dijunjung di siang harinya kononnya “kami lah penentang kezaliman” taik keput mung!,”bidas Mohd Sobri.

bajet5

Jumaat lalu, AIDCNews mendedahkan plot Ahli Parlimen PH dan PPBM keluar dewan didalangi oleh Kit Siang.

AIDCNews berpendapat Wan Azizah hanya Ketua Pembangkang boneka DAP kerana bilangan Ahli Parlimen DAP paling majoriti di Dewan Rakyat dan merupakan kuasa pemutus dalam membuat sesuatu keputusan di kalangan pembangkang.

Ia juga berdasarkan keghairahan Kit Siang yang kelihatan bersungguh-sungguh menayangkan sepanduk “Siapa MO1?” ke arah Najib sebelum dia juga angkat kaki meninggalkan dewan.

Selanjutnya, sila baca “Bajet 2017 : PAS Kekal Dalam Dewan, Tidak Ikut Budaya Politik Tidak Matang

Jumaat lalu, ketika Najib membentangkan Bajet 2017, Ahli Parlimen PH dan PPBM membuat satu drama dengan bertindak meninggalkan Dewan Rakyat.

Tindakan Ahli Parlimen pembangkang itu telah dikecam oleh majoriti warga netizen.

“belanjawan 2017: nota dua baris

“Tidak kira siapa kamu. kamu patut bertahan dalam dewan.

“Tetapi kamu keluar dewan. Maka kamu memang bangang!,”kata aktivis seni Pyanhabib.

Perkara sama turut dibangkitkan Zaidi Ahmad.

“Hah…Ini tindakan paling aku tidak setuju. Aku sokong dan bertungkus lumus bekerja untuk memenangkan kamu supaya kamu berlawan di dalam Dewan bukan keluar Dewan.

“Walau kamu ada teks Bajet 2017 kamu tidak harus meninggalkan Dewan. Nak keluar boleh tetapi selepas pembentangan selesai.

“Ini idea siapa untuk keluar Dewan? Lain kali tunjukkan kematangan bukan kebangangan. Maaf cakap.,”katanya.

bajet01
bajet02
bajet03
bajet04
bajet

bajet2

bajet3
bajet4

bajet6

bajet7

bajet8

bajet9

bajet10

bajet11

bajet12

bajet13

bajet14

bajet15

One thought on “Kit Siang Melenting Ditanya Siapa Dalang Arah Ahli Parlimen Pembangkang Keluar Dewan Rakyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s