Maria Chin Abdullah Mahu Humban Melayu Ke Dalam Parit ?

mariaAIDCNews -25/10/16 –Satu kenyataan daripada Facebook (di atas) yang sedang viral di media sosial beberapa hari lepas mendakwa jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), Pengerusi BERSIH 2, Maria Chin Abdullah akan menghumban Melayu ke dalam parit.

Maria Chin didakwa menyeru kaum Cina agar bersatu dengan satu matlamat untuk menguasai pemerintahan Malaysia.

Tiga hari lepas, Maria Chin dilaporkan Malaysiakini berkata bukan menjadi masalah jika perhimpunan BERSIH didominasi oleh kaum Cina yang merujuk kepada BERSIH 4 pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

“Jika anda kata BERSIH 4 terdiri daripada majoriti Cina – ya, tetapi saya tidak menjadikannya alasan.

“Ada orang Melayu dan juga kaum-kaum lain dan bersama-sama saya menganggap mereka sebagai rakyat Malaysia yang ingin mempunyai suara dalam sistem yang menindas ini.

“Jadi apa kalau lebih daripada satu kaum – adakah rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bercakap” soalnya.

Maria Chin berkata kegagalan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008, dan pengurangan majoriti BN dalam pilihan raya umum 2013 sebagai bukti bahawa perhimpunan BERSIH pada 2007 hingga 2012 mempunyai kesan.

“(BERSIH) memecahkan faktor ketakutan dan juga mencabar politik perkauman.

“Saya tak fikir ada sesiapa telah membuang duit (dengan menderma kepada Bersih),” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s