Selepas Keluar PKR, Lajim Tubuh Parti Harapan Rakyat Sabah

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pendaftaran penubuhan parti baharu, Parti Harapan Rakyat Sabah, yang bakal diterajui bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim yang ditemui pemberita di RoS di sini hari ini selepas menerima sijil pendaftaran itu berkata, permohonan pendaftaran parti dengan akronim Harapan Rakyat itu dikemukakan Patrick Sadom selaku pengerusi penaja yang juga presiden sementara parti itu kepada RoS pada 14 September lepas.

Parti yang menyasarkan penyertaan rakyat Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan itu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang menerima dasar Harapan Rakyat, katanya.

Menurutnya, 10 ketua ranting dan 80% ketua cabang serta pimpinan PKR negeri yang meninggalkan parti itu baru-baru ini berikrar menjadi tonggak kepada parti baharu itu.

Parti itu menyasarkan untuk mendaftarkan 2,600 anggota dalam tempoh sebulan, katanya.

Sebelum menyertai PKR pada 2012, Lajim merupakan ahli Majlis Tertinggi Umno dan pernah menjawat jawatan sebagai timbalan menteri kementerian perumahan dan kerajaan tempatan – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s