Azmin Tak Perlu Tuding Jari Tuduh Pihak Lain Sabotaj Air Selangor – Khalid

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas sikap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang seolah-olah menyalahkan pihak lain dalam isu pencemaran air di Selangor.

Ujarnya, daripada sibuk mencari kesalahan, Azmin sepatutnya mencari usaha berterusan untuk memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi untuk pengguna di negeri ini.

“Buat masa ini tidak payahlah bergaduh soal siapa yang buat siapa yang tidak, yang paling penting menentukan pengurusan yang rapi supaya ini tidak berlaku.

“Kedua, yang berlaku apa yang berlaku ini perlu cepat diselesaikan supaya masyarakat dapat air yang bersih,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, pagi ini.

Khalid mengulas dakwaan Azmin bahawa isu pencemaran air di Selangor sehingga menjejaskan kira-kira sejuta penduduk berlaku kerana disabotaj.

Pencemaran Sungai Semenyih itu menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa ditutup, sekaligus mengakibatkan empat daerah terjejas, iaitu Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Penutupan LRA itu adalah kali kelima dalam tempoh sebulan selepas Sungai Semenyih tercemar disyaki berpunca dari kawasan perindustrian di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan itu sahaja Azmin juga mendakwa terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan “kecenderungan unsur sabotaj” oleh Barisan Nasional dan Umno untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.

Azmin berkata laporan polis dibuat Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi menyiasat pencemaran sungai berkenaan.

“Kalau sibuk tentang tuduhan sabotaj tidak guna, yang penting tumpukan usaha supaya dapat menyelesaikan masalah air,” ujarnya mengulas cadangan supaya Azmin mendedahkan laporan polis tersebut – AP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s