Sabotaj Air Selangor : MB Negeri Sembilan Nafi Dakwaan Azmin

AIDCNews -26/10/16 –Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa pencemaran air sungai sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih ditutup berpunca daripada Sungai Buah, Negeri Sembilan.

Beliau berkata hasil laporan teknikal yang dibuat secara bersepadu daripada pelbagai agensi Negeri Sembilan iaitu Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perhutanan, Badan Kawal Selia Air Negeri dan Majlis Perbandaran Nilai menunjukkan tiada unsur pencemaran berlaku di Hulu Sungai Buah tersebut.

“Laporan teknikal menunjukkan tidak terdapatnya unsur pencemaran daripada kawasan-kawasan yang terlibat, cuma kita jumpa ada lokasi kemalangan lori tangki terbalik dan ia mungkin menyebabkan punca pencemaran.

“Pasal bau itu, kita pun pernah ada isu itu kerana bila paras air sungai turun banyak, tahap kandungan ammonia bertambah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad turut menolak kemungkinan ada unsur sabotaj dari negeri ini yang menyebabkan pemcemaran sungai berlaku.

“Ia terbukti daripada laporan semua jabatan teknikal, tidak ada pencemaran, termasuk unsur sabotaj,” katanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mendakwa punca pencemaran air sungai sehingga menyebabkan LRA Sungai Semenyih ditutup bukan dari Selangor sebaliknya di Hulu Sungai Buah yang berada di negeri ini.

Pencemaran sungai itu juga didakwa mengalir ke Sungai Semenyih sehingga menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih di Selangor terpaksa ditutup dan penduduk di negeri itu menerima gangguan bekalan air.

Mohamed Azmin turut mendakwa pencemaran bau di Sungai Semenyih itu adalah perbuatan sabotaj pihak tertentu dan mengaitkannya dengan pilihan raya akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s